Chelsea tidak berdepan dengan masalah untuk menewaskan Barnsley Dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Chelsea mahu melupakan kekalahan di tangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini. Frank Lampard memberikan debut kepada beberapa pemain baharunya.

Di atas padang, Chelsea telah berpesta gol dengan membelasah Barnsley 6-0 Di Stamford Bridge.

Perhatian pastinya tertumpu kepada Kai Havertz yang berjaya meledak hatriknya. Dan beliau beraksi sebagai pemain no.10 buat pertama kali musim ini.

The Blues menguasai perlawanan sejak dari awal lagi.

Gol pertama The Blues terhasil pada minit ke-19 menerusi aksi Tammy Abraham, yang berjaya memanfaatkan kesalahan pemain pertahanan.

Tidak lama selepas itu, Chelsea memperoleh gol kedua. Dan kali ini menerusi pemain baru, Kai Havertz yang membuka akaun golnya bersama Chelsea.

Hanya empat minit beraksi di separuh masa kedua, Chelsea mendapat gol ketiga mereka dalam perlawanan ini.

Gol tersebut adalah menerusi Ross Barkley.

Tidak lama kemudian Kai Havertz meledak lagi dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-55

Havertz terus menambah gol ketiga dan hatrik pertamanya bersama Chelsea. Sekali lagi Tammy Abraham memainkan peranan penting dalam gol beliau

Sebelum wisel penamat, pada babak akhir perlawanan, Giroud menyumbat masuk gol keenam selepas menerima hantaran lintang seorang lagi pemain baharu, Ben Chilwell.

Chelsea mara ke pusingan keempat dan akan bertemu pemenang di antara Leyton Orient vs Tottenham Hotspur.

https://youtu.be/eOAD3M5lk94

Baca juga perkembangan lain

6 Pengarah Sukan Terbaik Di Eropah Ketika Ini

Aduhai Roma, Dikenakan Penalti Kalah 3-0 Selepas Turunkan Pemain Tak Berdaftar

Alex Telles, Si Bek Sisi Moden Berminat Ke United, Kini Terserah Ed Woodward