Cesc Fabregas telah menyatakan penilaiannya terhadap dua bekas majikannya di Liga Perdana Inggeris.
Dan beliau percaya bahawa Mikel Arteta di Arsenal memiliki tugas yang “jauh lebih sukar” daripada Frank Lampard di Chelsea.
Fabregas membintangi kedua-dua pasukan London semasa kerjaya gemilang dalam bola sepak Inggeris dan terus memgikuti perkembangan kedua-dua kelab tersebut.
Pada musim ini kedua dua kelab memutuskan untuk melantik pengurus tidak berpengalaman mengendalikan kelab mereka.
Arsenal melakukannya beberapa bulan lalu. Dan Chelsea melantik Lampard pada pra musim.
Berdasarkan kedudukan semasa, Lampard berada di landasan lebih realistik untuk mara ke UCL.
Manakala Arteta berdepan kesukaran untuk melakukannya. Fabregas menganggap keputusan melantik Arteta dan Lampard sebagai satu perjudian.
“Chelsea berjudi nasib dengan Frank kerana itu baru tahun kedua sebagai pengurus pasukan utama dan dia melakukannya dengan sangat baik,” kata Fabregas kepada Guardian.
“Dengan Mikel, juga agak serupa serupa. Dia bersama Pep [Guardiola] selama tiga tahun, dan saya yakin Guardiola adalah seperti ‘master’ untuk mana-mana jurulatih muda yang ingin mula menjadi pengurus.”
“Saya rasa beliau telah melakukan tugasnya dengan baik [setakat ini] dan saya yakin dia membawa kembali beberapa nilai yang diperlukan ke dalam kelab.”
“Jelas ini adalah tugas yang jauh lebih sukar daripada Chelsea dalam membangun kembali skuad, dan mereka sangat muda, dan mereka menghadapi masalah kerana [Arteta] bermula dari kedudukan yang jauh lebih jauh daripada Chelsea.”
“Tetapi saya yakin mereka akan berjaya tidak lama lagi dan musim depan boleh menjadi musim yang terbaik bagi mereka. ”
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Kubo Memang Bagus & Pitch Invader Antara Perkara Daripada Kemenganan Barca