Thomas Tuchel berminat jadi pengurus England menggantikan Gareth Southgate, beberapa bulan selepas dia dipecat di Stamford Bridge, menurut laporan dari Telegraph.

Baca Juga:

Southgate kini berada dalam tekanan yang kuat sejak beberapa bulan lalu. Terutama sekali selepas Englan bergelut dengan prestasi mereka kebelakangan ini.

England diturunkan ke Liga B dalam aksi Liga Negara Negara Eropah 2022.

FA England tidak mungkin akan memecat Gareth Southgate sebelum kempen Piala Dunia. Kerana kejohanan itu akan berlangsung dalam masa kurang dua bulan lagi.

Namun nasib pengurus itu pasti akan bergantung kepada pencapaian England dalam Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar itu.

Southgate bagaimanapun yakin bahawa Piala Dunia 2022 tidak akan menjadi penentu nasibnya. Kerana menurutnya, dia sedang merancang untuk Euro 2024.

Pengurus berusia 52 tahun itu mendakwa bahawa dia tidak akan melepaskan jawatannya sama sekali dan yakin FA Englan akan kekal memberikan sokongannya walau apa jua yang berlaku di Qatar 2022.

Harry Maguire and Gareth Southgate talk to the media during a England Football Press Conference at King Power Stadium, Leicester, UK – 10 Sep 2018
Photo: Eddie Keogh for The FA

Ini kerana Southgate telah membantu negara mencapai separuh akhir Piala Dunia dan final Kejohanan Eropah dalam tempoh enam tahun beliau mengendalikan skuad Tiga Singa.

Tetapi dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Dengan Thomas Tuchel berminat jadi pengurus England jika Southgate tidak lagi menggalas tugas itu, terutama sekali selepas Piala Dunia 2022.

Tuchel memahami bola sepak Inggeris dan kagum dengan kualiti pemain pemain dari Liga Perdana Inggeris terutamanya. Dia juga sangat suka dengan kualiti pembangunan pemain muda di England.

Bekas pengurus Chelsea itu telah dipecat daripada jawatannya di Stamford Bridge pada September, dan digantikan dengan Graham Potter.

Ini kerana visi pemilik baharu itu tidak sejajar dengan aspirasi Tuchel secara peribadi – menurut Todd Boehly.

Jurulatih Jerman itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan mara ke beberapa pusingan akhir piala domestike dalam masa yang singkat di London. Dia juga membantu kelab menjuarai Piala Dunia Kelab serta Piala Super Eropah.

Buat masa ini Tuchel masih lagi bercuti. Tetapi dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menggalas jawatan baharu. Dengan kerusi pengurus England turut berada dalam sasarannya.