Kieran Trippier mendedahkan bahawa anaknya sangat meminati Kylian Mbappe dan mahu menjadi maskot pengiring pemain itu masuk ke padang.

Baca Juga:

Trippier menegaskan bahawa anaknya sudah memberikan amaran, bahawa dia tidak mahu menjadi pengiring ayahnya, tetapi mahu memegang tangan Mbappe.

PSG akan bertemu Newcastle United dalam aksi Liga Juara Juara Eropah di St James’ Park. Di mana Newcastle berharap akan dapat melakukan kejutan ke atas juara Perancis itu.

Kylian Mbappe salah seorang pemain terbaik di dunia pada masa ini. Dia akan mengetuai jentera serangan PSG dalam aksi kedua peringkat kumpulan F Liga Juara Juara Eropah.

Pada sidang media sebelum perlawanan, kapten Newastle berkata:

“Anak kecil saya mahu mengiringi Mbappe.”

“Kami ada sedikit usik mengusik malam semalam, dia mahu menjadi pengiring Mbappe berbanding saya pada aksi esok. Dan saya kurang gembira dengannya.”

“Dia sangat obses meminati Mbappe. Selalu menonton video klip Mbappe di YouTube. Saya beritahu dia: ‘jika kamu mengiringi Mbappe nanti, jangan cari saya di terowong’.”

Sudah tentunya Kieran Trippier sedar kenapa anaknya meminati Mbappe. Dia merupakan pemain yang menjadi inspirasi ramai pemain muda lain. Berjaya membantu negaranya memenangi Piala Dunia ketika dia masih muda lagi.

Kini dia menjadi rebutan banyak kelab besar terutama sekali Real Madrid.

Mbappe sebelum ini ada sedikit konflik dengan pemilik PSG namun dilaporkan keadaan semakin membaik dan Nasser Al Khelaifi yakin pemain itu akan melanjutkan kontrak baharu.