Tottenham Hotspur sedia memecat pengurus interim ataupun pemangku ketua jurulatih Cristian Stellini selepas kekalahan 6-1 mereka kepada Newcastle United.
Baca Juga:
- Newcastle vs Tottenham: Magpies Membantai Spurs 6-1
- Andy Cole: Newcastle Sudah Ada Alexander Isak, Tak Perlu Bawa Masuk Harry Kane
- Levy Minta Kane Lupakan Manchester United Kerana Serik Selepas Rundingan Berbatov
Stellini mengambil alih untuk mengendalikan Tottenham apabila Antonio Conte meninggalkan kelab itu pada Mac 2023.
Setelah menjadi pembantu Conte, ia dilihat sebagai keputusan yang aneh oleh sesetengah pihak dibuat oleh Spurs.
Di mana Stellini menjadi orang penting Antonio Conte dan boleh pergi bila bila masa.
Pada hari Ahad, Tottenham tumbang dalam kekalahan 6-1 kepada Newcastle.
Mereka melepaskan lima gol dalam 21 minit pembukaan ketika Stellini melakukan sedikit eksprimentasi, termasuk membariskan empat pemain pertahanan, berbanding sistem tiga bek yang biasa digunakan oleh skuad mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perjudian itu membawa padah. Di mana Spurs dihukum dengan teruk.
Tottenham kini benar benar serius mahu memecat pengurus interim itu. Walaupun mereka mungkin harus mendapatkan interim yang lain sebelum melantik pengurus tetap yang baharu.
Internal talks ongoing at Tottenham over Cristian Stellini position as interim head coach following terrible performance vs Newcastle, as @Dan_KP called. 🚨⚪️ #THFC
Decision on Italian manager situation is up to Daniel Levy. pic.twitter.com/Izm21pJHe0
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 24, 2023
Spurs bergelut dalam perlantikan pengurus, terutama sekali selepas Paratici melepaskan jawatannya – walaupun dia baru dibebaskan daripada petuduhan terlibat skandal salah laku kewangan dengan Juventus.
Spurs hilang keyakinan sepenuhnya ke atas Stellini. Sky Sports News juga mengesahkan bahawa Tottenham sedang mengadakan perbincangan mengenai masa depan Stellini petang ini (Isnin).
Harry Redknapp antara nama yang tersenarai dalam senarai calon untuk menjadi interim. Dan mungkin boleh memujuk Spurs untuk meletakkan klausa perlantikan tetap berdasrkan bonus prestasi.