Manchester United meratapi kekalahan di Stadium Tottenham dengan bintang sensasi mereka, Lisandro Martinez jaringkan gol sendiri.

Ianya adalah bola sepak penuh dengan aksi. Kedua dua pasukan mempamerkan aksi terbuka sepanjang 90 minit.

Harry Maguire sekali lagi tidak diturunkan dalam perlawanan ini selepas perpindahannya ke West Ham gagal.

Seterusnya Man United juga dilanda dengan beberapa kontroversi lain di luar padang. Pengurusan tertinggi kelab dilaporkan membuat u turn dalam usaha mereka mahu menyerap semula Mason Greenwood ke dalam pasukan.

Usaha itu ditangguhkan dahulu selepas menerima kritikan banyak pihak. Selain itu, Antony juga bakal berdepan dengan dakwaan salah laku keganasan domestik selepas bekas teman wanitanya membuat laporan polis dan mahu mengheret pemain itu ke mahkamah.

Di atas padang, peminat bola sepak disajikan dengan aksi bola sepak penuh hiburan yang sebenar.

Di mana Spurs dan Man United masing masing mencatatkan 17 serta 22 percubaan ke arah gawang. Cuma dari segi ketajaman, Spurs sedikit lebih baik.

Dan dari segi pertahanan, Man United agak malang kerana kesilapan pertahanan membuatkan mereka dihukum. Jika tidak kerana Onana melakukan beberapa aksi tangkas, mereka dihukum lebih banyak lagi.

Spurs di hadapan pada minit ke-49 menerusi Pepe Matar Sarr pada minit ke-49.

Ketika Man United rancak cuba mencari gol penyamaan, mereka melakukan kesilapan apabila Lisandro Martinez tertampan bola ke dalam gol sendiri.

Spurs memiliki penguasaan bola lebih baik dalam perlawanan ini. Ange Postecoglu sudah memberikan amaran kepada pasukan lain tentang bola sepak yang dia janjikan.

Sebelum ini Ange Postecoglu pernah berjanji dia akan mempamerkan aksi bola sepak bertenaga dalam pasukan baharunya.

Erik Ten Hag memuji aksi pasukannya namun kecewa kerana mereka terlalu tumpul di hadapan gol.

Saksikan rangkuman aksi di sini: