Ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki memuji prestasi yang ditampilkan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman ketika kedua-dua pasukan bertemu pada aksi pembukaan kumpulan I saingan AFC Champions League (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Baca Juga:
- Peminat Kawasaki Frontale: Terima Saja Kekalahan, Kita Jumpa Di Jepun
- ACL 2023/24: JDT Tewas Tipis Kepada Kawasaki Frontale
- Piala Malaysia 2023: Atasi Negeri Sembilan, JDT Bawa Pulang Bekalan Selesa
Kawasaki mencatat kemenangan tipis ke atas JDT dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Marcinho pada lewat separuh masa pertama sekaligus memberikan tiga mata penuh untuk kelab Jepun itu.
Selepas perlawanan, Toru Oniki memberikan komen mengenai prestasi yang ditampilkan oleh Arif Aiman dimana beliau menganggap pemain itu banyak memberi kesukaran terhadap barisan pertahanan Kawasaki.
Adakah (Kawasaki Frontale) menghadapi kesukaran untuk mengekang pemain #42 JDT (Arif Aiman)?
"Dia menjadi ancaman untuk kami sepanjang perlawanan. Saya melihat dia sebagai seorang pemain yang mempunyai impak tinggi."
"Sebelum perlawanan lagi, kami sudah tahu dan berwasapada… pic.twitter.com/yTuzAUXugg
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) September 20, 2023
“Dia (Arif) menjadi ancaman untuk kami sepanjang perlawanan. Saya melihat dia sebagai seorang pemain yang mempunyai impak tinggi. Sebelum perlawanan lagi, kami sudah tahu dan berwasapada dengan pemain ini, tetapi dia masih berjaya mencipta peluang semalam. Untuk perlawanan seterusnya (home) beliau antara pemain yang kami akan lebih jaga,” dipetik dari penulis yang membawa perkembangan mengenai bola sepak Jepun di Malaysia iaitu Ahmad Ridzuan.
Ketika ditanya mengenai mengapa Kawasaki lebih banyak bertahan menuju ke penghujung perlawannan, Toru menegaskan itu merupakan strategi bagi memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata dari Johor.
“Kalau boleh saya mahu kita melakukan serangan sebenarnya, tetapi bila difikirkan perlawanan yang sukar di gelanggang lawan ini, saya rasa adalah lebih baik untuk kekal tanpa bolos sehingga tamat perlawanan.”
“Mendahului lawan dan menamatkan perlawanan dengan situasi itu adalah antara satu misi kami hadir disini. Dan kami berjaya untuk melakukan penutup seperti yang disasarkan,” tambahnya.