Ketibaan Keisuke Honda di Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro, Brazil disambut dengan kehadiran ribuan penyokong pasukan Botafogo yang menantikan kemunculan beliau selepas bersetuju menyertai pasukan itu.

Jelas, status Keisuke Honda masih sebagai pemain yang berpengaruh dari Jepun memang masih utuh walaupun mungkin ada pihak yang meragui aksinya diatas padang, namun tidak dapat dinafikan impak besar yang dibawa beliau memang menjadi kegilaan para penyokong.

32E90F99-E5BE-48E3-A534-13AB4E23EBB7

Dengan menyertai Botafogo, ini merupakan kelab ke-8 Keisuke Honda yang kini berusia 38 tahun, selepas beraksi dengan beberapa kelab gergasi di eropah seperti AC Milan, CSKA Moscow, dan Vitesse Arnhem selain beliau juga merupakan seorang ‘general manager’ kepada pasukan kebangsaan Kemboja.

84656239_2777849578961949_3660287695063613440_n

Baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh banyak media antarabangsa, salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh Botafogo untuk mencapai persetujuan dengan Keisuke Honda beraksi dengan mereka adalah kelab perlu menyediakan kenderaan berperisai khas untuk beliau disana.

84283770_2777632125650361_8065284120382537728_n

Selepas pihak Botafogo bersetujuan dengan perkara itu, Keisuke Honda telah menurunkan tandatangannya untuk beraksi kelab yang berpangkalan disebuah bandar yang paling merbahaya di dunia berdasarkan data purata pembunuhan yang dikeluarkan, 39 pembunuhan berlaku dari 100,000 orang!

Mengerikan!

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Eksklusif: Jurulatih Dari Malaysia Ini Cerita Pengalamannya Mengendalikan Kelab Liga Indonesia

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

ACL2020: Theerathon Ketepikan Pemain Korea Selatan, Tersenarai Dalam Skuad Yokohama F Marinos