Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap struktur yang dibawa oleh ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-gon adalah positif dan perkara ini baik untuk Harimau Malaya.
TMJ berkata demikian ketika ditanya sama ada Pan-gon adalah jurulatih yang sesuai untuk membawa pasukan kebangsaan bagi menggantikan Tan Cheng Hoe. Baginda berkata masih terlalu awal untuk menilai dan semua pihak perlu memberi masa kepada jurulatih dari Korea Selatan itu menjalankan tugasnya.
“Masih terlalu awal kita menilai. Sekurang-kurangya harus ada beberapa perlawanan yang dihadapi. Tak boleh satu atau dua aksi kita terus nak menilai. Kerana bola sepak adalah satu proses.
“Saya pun masa ambil JDT, satu tahun saya tidak menang apa-apa, asyik kalah dan apabila kita meraih keputusan seri, rasa bersyukur sangat-sangat. Jadi kita tak boleh menilai seseorang jurulatih hanya satu musim. Sekurang-kurangnya dua musim.
“Beri dia masa, dia tau apa dia nak buat. Tapi saya rasa ini adalah satu langkah yang positif untuk Harimau Malaya. Kali ini akan berbeza kerana apabila saya tengok struktur mereka yang ditunjukkan kepada saya, ianya amat positif kerana lebih kurang macam struktur nyang kita ada di sini (JDT).
“Sebelum ini tiada namun sekarang dia betul-betul mempunyai perancangan, dia ada pasukan perubatan, dia mengawasi setiap pemain dalam negara yang mana ini adalah satu perkara bagus,” kata kata TMJ.
Kim Pan-gon sudah memulakan tugas bersama pasukan negara dimana ketika ini skuad kebangsaan sedang menjalani kem latihan pusat di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan pada 23 hingga 28 Mac ini.
Malaysia akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac) serta satu lagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022, ketiga-tiganya berlangsung di Singapura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
FAM Tiada Pusat Rawatan Khas Punca Nazmi Faiz Kembali Ke JDT
TMJ: Kos Padang Tak Sampai RM1 Juta, Siapa Cakap Lebih Dia Penipu
Haikal Sahar Berazam Ledak Lebih Banyak Gol Dalam Liga Malaysia