Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan penjelasan mengenai kenyataan beliau yang sebelum ini beliau pernah membantu pasukan Selangor.
Menurut TMJ, beliau memberikan bantuan kewangan ketika pasukan itu dibawah pimpinan Datuk Subahan Kamal dan sebelum kemasukan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
“Saya memberikan bantuan pada masa Datuk Subahan Kamal dulu. Zaman Selangor masih hebat dan bergelar juara.
“Sekarang ini semenjak Raja Muda ambil alih dengan pakar-pakar bola sepak tanah air dan menerima bantuan duit daripada kerajaan negeri maka mereka tidak perlukan bantuan. Syabas saya ucapkan,”katanya dipetik dari laman media sosial rasmi Twitter miliknya.
Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert2 bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan. https://t.co/qmzUzMrbIo
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 21, 2022
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, De Johan Kamal Hamidon sebelum ini menafikan ada menerima bantuan kewangan dari pasukan lain sejak Tengku Amir Shah menerajui kelab pada Julai 2018.
“Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa dibawah kepimpinan Tuanku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah mendapat bantuan kewangan dari pasukan lain. Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja,” kata Dr Johan.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 21, 2022
TMJ memberikan bantuan kewangan kepada pasukan Perak bagi meringankan beban pasukan itu untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pasukan.
“Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC, tiga hari lepas pengurusan Perak FC ada datang berjumpa saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan.
“Dalam karier saya terbabit dalam bola sepak di negara ini, sudah banyak pasukan saya tolong. Cuma saya tak bagi tahu media sahaja.
“Saya pernah tolong Selangor dua kali, saya pernah tolong Kelantan dua kali dan saya juga pernah tolong kalau tak silap saya Penang sekali serta Melaka United.
“Isu gaji PFAM pun saya pernah tolong. Banyak yang orang tak tahu, sekarang semua orang tahu, kalau tak percaya boleh tanya tuan punya badan,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
11 Pemain JDT Tersenarai Dalam 25 Pemain Ke FAS Tri-Nations Series 2022 Di Singapura
Masalah Keluarga Punca Rizal Ghazali Tidak Dapat Sertai Skuad Kebangsaan
Perak Nafi Ada “Orang Tengah” Terima Komisyen Dari Dana Sumbangan TMJ