Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali bersuara mengenai isu ada pihak yang mengubah muka Aidil Zafuan kepada Harry Maguire selepas aksi persahabatan antara Malaysia menentang Singapura minggu lalu.
Tunku Ismail memberikan komen di laman media sosial Instagram bekas pemain skuad kebangsaan, Zaquan Adha dimana baginda berkata ada pihak yang seolah-olah sudah lupa dengan pengorbanan pemain terhadap pasukan negara.
“Mentaliti toksik dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing masih tahap kelas rendah. Semua lupa pengorbanan pemain yang pernah mewakili negara.
“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka. Seolah-olah tiada makna. Kasihan bila lihat pemain yang berkorbam untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan, tidak dihargai,” kata TMJ.
Setelah aksi menentang Singapura, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengubah muka Aidil dengan muka ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire.
https://www.instagram.com/reel/Cbptby5goJo/?utm_medium=copy_link
Aidil mendapat kritikan pedas dari peminat dimana mereka menganggap pemain pertahanan JDT itu menjadi punca kepada dua jaringan yang dihasilkan oleh Ikhsan Fandi pada perlawanan di Stadium Nasional Sabtu lalu.
Zaquan Adha tampil mempertahankan saudara kembarnya itu dengan menyatakan pemain bola sepak hanya mendapat pujian apabila meraih kemenangan sahaja.
“Kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak. Bila menang semua indah kata-kata. Bila kalah siap sanggup edit muka,” katanya.
Ramai yang meminta agar ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mempertimbangkan semula untuk memanggil Aidil pada perlawanan akan datang dan memilih pemain yang lebih muda untuk beraksi di posisi pertahanan pasukan negara.
Pasukan negara meraih dua kemenangan dan satu kekalahan sepanjang beraksi di Singapura dimana Malaysia berjaya menewaskan Filipina 2-0 pada aksi pertama.
Skuad kendalian Pan-gon kemudiannya tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1 dan menutup jelajah perlawanan persahabatan di seberang tambak itu dengan menewaskan Albirex Nigata dengan keputusan 3-0.
Pan-gon berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain yang dibawa dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Tolak Panggilan Skuad Harimau Malaya, Rizal Ghazali Diberi Amaran Keras Oleh FAM
Zaquan Adha Pertahan Aidil Zafuan, “Bila Dah Kalah Sanggup Edit Muka”