Semalam peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan satu ciapan di laman twitter milik penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad yang mengundang tanda tanya daripada pelbagai pihak mengenai situasinya dalam skuad Harimau Selatan.
Syafiq hanya menyatakan keseronokan beliau melihat rakan sepasukannya beraksi pada perlawanan Liga Super menentang PJ City di Stadium MBPJ. Ciapan tersebut kemudian dipadam dan terus menjadi bualan dalam kalangan peminat.
Malah, kenyataan itu turut mendapat perhatian daripada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).
“Anda sudah sedia maklum mengenai syarat-syarat dan polisi kelab ketika menandatangani JDT. Anda kerap bermain tahun lepas dan tahun sebelum itu tetapi selepas peristiwa pahit, anda sudah berbeza.
“Kami beri masa, sokongan dan perhatian. Jikalau tidak berpuas hati atau setuju, datang berjumpa. Berkomunikasi, bukan tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka. Akhir kata, “Seronok tengok kawan-kawan main.” Main apa? Main bola. Nak main bola semua tempat boleh bermain bola tetapi kalau nak main bola dan bunga api, datang ke JDT,” kata TMJ.
"Want to play football? The door is always open. You can play football anywhere, but if you want to play football and fireworks, come to JDT."
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/s28IljQIrx
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 22, 2021
TMJ juga menasihatkan semua pemainnya supaya berusaha keras serta mempamerkan prestasi cemerlang dalam sesi latihan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. JDT merupakan kelab yang dipenuhi oleh ramai pemain berkualiti dan hanya yang terbaik sahaja akan dipilih beraksi dalam perlawanan sebenar.
“Ini kelab bola sepak. Bukan kelab kebajikan sosial. Siapa yang berlatih dengan bagus dan bekerja keras, dia akan bermain. Siapa yang tidak, dia tak akan bermain. Tak suka? Pintu adalah terbuka. Ini bukan penjara. ‘Simple’.
“Para penyokong JDT yang tidak tahu cerita begitu cepat terikut dengan sentimen penyokong lain. Bayangan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak dilihat dan hargai. Mereka nak ajar saya menguruskan kelab ini. Laman-laman page bola yang kononnya pakar juga sama.
“‘Loan’ player? Nak ‘loan’ ke mana kalau jendela perpindahan sudah ditutup. Jikalau minit permainan begitu mustahak, pergi sertai PJ City dimana anda akan dapat bermain setiap perlawanan.
“Dalam JDT, siapa yang bekerja keras dalam sesi latihan dan beri persembahan terbaik akan diturunkan. Siapa yang nak cabaran dalam karier dan memenangi kejuaraan, ayuh datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, pergi sertai kelab lain. Tidak ada orang yang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain sendiri,” tegas TMJ melalui satu kenyataan di instagramnya.
Sementara itu, Syafiq Ahmad memohon maaf diatas kesilapannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial. Beliau juga mengakui TMJ banyak membantunya ketika di dalam kelab dan di luar padang.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutamanya sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan luar padang.
“Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” tulisnya di twitter.
🙏🏻 @HRHJohorII @OfficialJohor pic.twitter.com/yfc1XDWrcT
— syafiq28 (@syafiqahmad28) August 22, 2021
Diharapkan agar Syafiq kembali bangkit dan mempamerkan prestasi terbaik dalam skuad Harimau Selatan kerana khidmatnya masih ditagih oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk saingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan datang.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Liga Super 2021: Perak Semakin ‘Tenat’, Selangor Kekalkan Kecemerlangan
Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”