Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan pemilik pasukan itu, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama lagenda Manchester United, Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada 2 Disember 2021 jam 5.30 petang.
Bertajuk ‘World Class Training with Man Utd Legends’, panelis akan membincangkan perihal latihan dan teknologi di Asia. TMJ juga akan berkongsi tentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, fasiliti kelas dunia kelab ini dan juga Akademi JDT.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor will be a guest speaker in a digital round table discussion with Ryan Giggs, Gary Neville and Nicky Butt on 2 December 2021, 5.30pm.
[1/4] pic.twitter.com/Q6bNtywv1P
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 28, 2021
Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada para pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit.
“Program dua hari anjuran ZujuGP, sebuah laman penstriman dalam talian untuk menghubungkan individu-individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini juga bakal menyaksikan legenda-legenda bola sepak berbincang mengenai perkara berkaitan dengan Manchester United pada hari pembukaan (1 Disember). Semua sesi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP,” tulis kenyataan rasmi.
Baca artikel lain mengenai Manchester United melalui pautan dibawah.
Alex Ferguson Ketuai Pakatan Calonkan Pochettino Jadi Pengurus Baharu Manchester United
Gary Neville: Solskjaer Telah Kembalikan Semula Jiwa Manchester United