Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bakal dipegang oleh YB Khairy Jamaluddin.
Baca Juga:
- TMJ Sumbang Peralatan Kecergasan Untuk Skuad Harimau Malaya
- Sumareh Terima Kata-Kata ‘Pedas’ Daripada TMJ
- TMJ Sahkan 3 Lagi Pemain Bakal Sertai JDT: “Nama Pun Tangan Ghaib”
Baru-baru ini, TMJ memuat naik gambar bersama Khairy Jamaluddin dengan mengatakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal memegang jawatan penting dalam kelabnya.
“CEO JDT dan Penasihat Belia Negeri Johor pada masa akan datang,” kata TMJ.
Selain jawatan CEO, TMJ turut menegaskan Khairy juga boleh memegang jawatan sebagai presiden kelab.
Khairy baru-baru ini dipecat oleh UMNO dimana keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, TMJ menegaskan Hector Bidoglio dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal bagi menggantikan Alistair Edwards yang bakal menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.
Khairy mempunyai pengalaman dalam bidang bola sepak dimana Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) ditubuhkan ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2014 lalu.