Pemilik Johor Darul Ta’zim, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan baginda memiliki impian untuk menyaksikan Stadium Sultan Ibrahim Larkin diangkat menjadi stadium nombor satu di Asia Tenggara.
Titah Tunku Ismail, baginda turut berharap venue bukan sahaja menarik perhatian penyokong Harimau Selatan sebaliknya membuka mata pihak dari luar negara untuk turun menyaksikan kemudahan venue berlokasi di Iskandar Puteri itu.
Dalam masa sama, Tunku Ismail menyifatkan peminat setia Johor akan sentiasa membanjiri Stadium Sultan Ibrahim Larkin setiap perlawanan JDT sebaik venue berkelas dunia itu dijangka siap pada Disember ini atau Januari tahun depan.
“Yang pertama, saya nak stadium ini menjadi stadium paling terbaik di Asia Tenggara.
“Itulah harapan saya selain stadium ini mendapat pengiktirafan daripada organisasi bola sepak lain atau Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada masa akan datang,” katanya.
Pada masa yang sama, Tunku Ismail menegaskan baginda tidak akan sesekali lupa elemen penting lain terutama kualiti permukaan padang bola sepak dan pusat latihan lebih lengkap.
Tanpa berselindung, Tunku Ismail berharap lebih ramai pasukan-pasukan Liga Malaysia mengambil inisiatif tersendiri untuk menambah baik kualiti padang.
“Sejujurnya bukan sahaja mahu mendapatkan stadium lengkap tetapi saya turut berharap kepada kualiti padang tersebut.
“Ini kerana saya tengok negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand telah menggunakan rumput berkualiti tinggi supaya pemain mereka boleh lebih mendapatkan lebih berkualiti daripada sudut permainan mereka.
“Saya fikir setiap kelab ada perancangan masing-masing dalam segu mendapatkan hasil dan cara bertahan. JDT dengan cara JDT tersendiri dan saya yakin setiap kelab ada insiatif masing-masing di mana saya berharap kita semua memajukan bola sepak Malaysia seperti yang dilakukan oleh Selangor dan Terengganu.
“Syabas kepada mereka dan saya berharap lebih ramai pasukan-pasukan akan ikut benda yang sama menggunakan bajet sebanyak RM1 atau RM2 juta, tidak perlu mahal tetapi boleh buat kualiti padang yang bagus dan mungkin juga pusat latihan yang lengkap,” titah baginda.
Anda boleh membaca artikel lain berkaitan Johor Darul Ta’zim dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sini:
TMJ Mahu Setiap Pasukan Lebih Bijak Tarik Penyokong Ke Stadium