Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) kelmarin mengumumkan tiket semua perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020 kini dijual secara dalam talian bermula semalam (28 November 2021).
Bagaimanapun, jualan itu hanya dibuka untuk para penyokong Singapura sehingga 30 November 2021 manakala penyokong dari negara lain boleh membeli tiket tersebut bermula pada 1 Disember 2021 melalui laman web ticketmaster.sg
Semua tiket perlawanan itu dijual dengan harga 25 dolar sekeping (RM77.32) untuk dewasa dan 12 dolar (RM37.11) bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Setiap satu tiket dibenarkan menonton dua perlawanan pada hari yang sama.
Seramai 10,000 penonton dibenarkan masuk menyaksikan setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura berkapasiti 55,000 orang. Namun begitu, hanya 1,000 penonton dibenarkan masuk ke Stadium Bishan yang menjadi lokasi perlawanan Harimau Malaya dalam kumpulan B.
🏟 According to @STsportsdesk, it is understood that 10,000 fans will be allowed for each matchday at the 55,000-capacity National Stadium, and 1,000 will be allowed for each matchday at the 6,000-capacity Bishan Stadium.#SupportLocalFootball #AFFSuzukiCup #ONESTRONG pic.twitter.com/7zjMvV1SvF
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) November 27, 2021
Ketika hari perlawanan, waktu sepak mula perlawanan pertama ialah pada pukul 5.30 petang dan pukul 8.30 malam untuk perlawanan kedua. Pintu masuk stadium akan dibuka selama 2 jam sebelum waktu sepak mula dan para penyokong dinasihatkan masuk lebih awal.
Menurut kenyataan rasmi FAS, semua penonton akan diberikan tag pergelangan tangan berwarna untuk tujuan pengenalan yang membolehkan kemasukan semula pada hari perlawanan itu, selepas menunjukkan bukti vaksinasi penuh dan melengkapkan pemeriksaan wajib.
Bayaran balik tiket perlawanan tidak akan diberikan kepada mereka yang gagal menunjukkan bukti lengkap dua dos vaksin.
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah wajib ditemani oleh orang dewasa berumur 21 tahun dan ke atas. Semua kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas dikenakan tiket untuk masuk ke stadium.
Selain itu, makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam stadium dan para penyokong diwajibkan memakai pelitup muka. Sebarang alat muzik turut tidak dibenarkan bawa masuk ke stadium termasuk sepanduk, tertakluk kepada kelulusan di pintu masuk oleh pegawai keselamatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah.
Piala Suzuki AFF 2020: Indonesia Beri Amaran Awal, Belasah Myanmar 4-1 Dalam Aksi Persahabatan
Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai