Perlawanan ke 3 pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan berlangsung pada 10 Oktober 2019, dimana pasukan Malaysia akan bertandang ke Stadium My Dinh untuk bertemu juara Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam.

Berdasarkan tinjauan, kami dapati penjualan tiket bagi perlawanan tersebut akan mula dijual secara online bermula pada hari Khamis, 19 September 2019 jam 10 pagi waktu tempatan.

20190905_VFF_BannerApp_Tintuc_1920x1080

Menurut maklumat dari Ve Bong Da, terdapat 4 jenis tiket yang akan dijual mengikut kategori dan harga yang berbeza seperti dibawah;

  • VND200,000 / (RM36)
  • VND300,000 / (RM54)
  • VND400,000 / (RM72)
  • VND500,000 / (RM90)

Waktu jualan tiket bagi semua kategori telah ditetapkan pada jam 10 pagi, 3 petang dan 10 malam setiap hari bermula 19 September hingga 23 September 2019 atau sehingga tiket habis dijual.

48356129_2900117510013750_3660839881828990976_n-678×381
Sumber: MakanLena

Semua tiket yang dibeli akan dihantar kepada alamat yang diberikan mulai 27 September hingg 7 Oktober 2019. Sekiranya ada yang tidak menerima tiket selepas tarikh penghantaran itu, tiket boleh dikutip disebuah lokasi yang akan diumumkan kemudian pada 9 Oktober 2019 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Semua pembelian tiket hendaklah dibuat menggunakan aplikasi VinID sahaja. Namun, berkemungkinan besar pembelian melalui aplikasi ini hanya untuk penyokong tuan rumah sahaja, dan tiada maklumat bagaimana penyokong Malaysia boleh membeli tiket perlawanan tersebut samada secara online atau offline.

Artikel bola sepak Vietnam yang padu untuk anda baca lagi.

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

AFC MA Ranking: Vietnam Pintas Kedudukan Malaysia Di Kedudukan Ke-7 Asia Timur

Vietnam Tangguhkan 23 Perlawanan Liga V Untuk Persiapan Kelayakan Piala Dunia 2022