Pertembungan Liga Super 2023 antara Selangor (SFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini di Stadium MBPJ bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.
Baca Juga:
- Selangor Lancar Jersi Ketiga Dengan Paparan Lukisan Teknik ‘Doodle’
- Footy Headlines Umum Jersi JDT Sebagai Terburuk Februari Ini
- Tiket Aksi Selangor Menentang JDT Laris Bagai Pisang Goreng Panas
Malah, tiket perlawanan tersebut yang dijual secara talian menerusi laman web tickethotline.com dilaporkan sudah habis dijual sekaligus menjangkakan kehadiran lebih 20,000 penyokong.
Tiket terbuka dijual dengan harga RM25 manakala tiket untuk grandstand dijual dengan harga RM30 sekeping. Terdapat juga tiket kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan harga RM5 serta kemasukan percuma untuk golongan OKU.
Bagaimanapun, tiada jualan tiket fizikal dijual di kaunter stadium tersebut.
🎫 TIKET HABIS DIJUAL! ❤️ 💛
Untuk makluman, tiada tiket fizikal #SELJDT dijual di Stadium MBPJ. Kepada yang sudah membeli tiket, jumpa esok!
🔴 MERAH KUNING LAMBANG KEBANGGAAN 🟡
#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/VrGp87Hwrs— Selangor FC (@selangorfc) March 16, 2023
Aksi Selangor menentang JDT juga diramalkan berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan kini dalam prestasi terbaik dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 4 perlawanan Liga Super musim ini.
Berdasarkan kedudukan terkini, JDT masih konsisten mengutip 3 mata penuh dan berada di takhta liga manakala Selangor berada di tangga ketiga serta terikat 10 mata sama dengan pencabar terdekat, Sabah.
Bagaimanapun, rekod pertemuan lebih memihak kepada JDT dan kali terakhir skuad kendalian Tan Cheng Hoe menentang Harimau Selatan itu ialah pada bulan November tahun lepas ketika perlawanan akhir Piala Malaysia dimana mereka tewas 1-2.
Game ni hari jumaat malam. So, traffic akan bertembung dengan orang balik kerja dari federal/NKVE/LDP/Glenmarie yang memang azali jammed. Good luck yang bawak kereta. Existingly, MBPJ memang tak banyak parking. 😁 https://t.co/ffAYzaMCbD
— Adel Kamal (@adelkamall) March 16, 2023
JDT juga pernah menewaskan Selangor 5-1 pada pertemuan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Ibrahim sebelum terikat 1-1 di Stadium MBPJ.
Mengulas mengenai aksi pertemuan dengan JDT, Tan Cheng Hoe akui Harimau Selatan pasukan yang bagus dan beliau yakin dengan kualiti yang dimiliki oleh barisan pemainnya.
“JDT adalah pasukan yang sangat bagus, berpengalaman dan mempunyai jentera serangan yang ampuh dengan mana-mana pemain boleh menjaringkan gol. Jadi ini cabaran buat kita untuk menentang mereka.
“Pentingnya ialah saya rasa semua pasukan yang jumpa JDT akan menjadi cukup bermotivasi dan baki beberapa hari ini kita akan buat kerja rumah untuk buat persediaan terbaik termasuk dalam aspek memulihkan tenaga.
“Ini kerana apabila kita bermain pada sebelah petang dalam keadaan cuaca yang agak panas hari ini (semalam. Jadi agak meletihkan tetapi sudah tentu saya yakin dengan kualiti pemain yang mampu memberi saingan kepada JDT,” katanya.