Apa mekanisme yang akan menentukan sama ada Liverpool atau Leicester – pasukan mana yang akan mara jika kedua dua pasukan terikat mata dan perbezaan jaringan juga sama.
5οΈβ£ things to have on your radar as we head into the ππππΌπ Matchweek of the season π‘ pic.twitter.com/vxvaKrkzPc
— Premier League (@premierleague) May 22, 2021
Dalam situasi semasa, hanya 2 pasukan ini berpotensi untuk terikat mata dan perbezaan jaringan. Ini kerana Chelsea tidak akan terlibat dalam persaingan tersebut.
3 pasukan masih beraksi untuk persaingan ke UCL musim hadapan.
Berikut adalah jadual terakhir EPL musim ini:
Liverpool akan menjamu kunjungan Crystal Palace. Yang akan menjadi perlawanan terakhir Roy Hodgson sebagai pengurus. Agak ironi kerana Hodgson pernah mengendalikan Liverpool satu ketika dahulu.
Chelsea akan berhadapan dengan Aston Villa. Jack Grealish sudah kembali semula ke dalam pasukan. Perlawanan ini akan berlangsung di Villa Park.
Leicester pula akan bertemu dengan Spurs. Leicester mahu ke UCL, Spurs mahu ke UEL. Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan paling penting pada hari ini.
Matematik dan tie breaker
Jika Chelsea kalah, dan dua lagi pasukan tersebut, Liverpool dan Leicester menang, maka Liverpool dan Leicester akan mara ke UCL,
Namun jika Chelsea kalah dan hanya satu pasukan antara Liverpool dan Leicester menang. Maka pasukan yang menang itu akan mengiringi Chelsea.
Jika kesemua pasukan mencatatkan seri, maka kedudukan 4 teratas tak akan berubah.
Jika Chelsea menang, mereka akan sah mara, tidak kira apa keputusan melibatkan Liverpool dan Leicester.
Liverpool dan Leicester mereka bersaing sesama mereka, jika Chelsea menang. Dan ini yang berpotensi.
Dan jika Leicester berjaya mencatatkan perbezaan jaringan yang sama dengan Liverpool. Misalnya Liverpool hanya menang 1-0 dan mencatakan perbezaan jaringan +25 dan Leicester pula menang 5-0 ke atas Spurs untuk mencatatkan perbezaan jaringan yang sama +25.
Jika hal ini berlaku maka ada peraturan di mana Liverpool dan Leicester akan bertemu dalam play off final untuk menentukan slot ke UCL.
Baca juga artikel