Liverpool melakukan kebangkitan lewat pada persaingan ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan. Terbaru, Liverpool menempatkan diri dalam kedudukan 4 teratas pertama kalinya sejak Februari. Ini selepas mereka menang 3-0 ke atas Burnley.
The Reds meraih kemenangan keempat berturut-turut untuk meningkatkan lagi harapan mereka untuk memastikan mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah.
Roberto Firmino, Nathaniel Phillips dan Alex Oxlade Chamberlain berada dalam senarai penjaring di Turf Moor.
Sebelum ini pasukan Jurgen Klopp memerlukan kemenangan saat akhir dari penjaga gol Alisson untuk mengalahkan West Brom pada hari Ahad.
Liverpool telah banyak membazirkan peluang gol yang mereka cipta pada babak pertama.
Mohamed Salah dan Sadio Mane memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun gagal disudahkan.
Satu lagi peluang keemasan adalah daripada Thiago Alcantara yang gagal menyempurkan peluang 1 lawan 1. Firmino sendiri gagal menyempurnakan 2 peluang gol beliau.
Selain itu Nat Phillips merembat liar bola dari jarak dekat.
Ketika perlawanan seakan akan berakhir 0-0 menjelang waktu rehat, Roberto Firmino melakukan rembatan cantik, menyambar hantaran leret Andy Robertson.
Phillips turut menyelamatkan gawang Liverpool dari bolos dengan clearance atas garisan.
βMan of the Match, Nat Phillips
β½ Scored first career goal
π΄ Led Liverpool in the following categories:
π₯ Clearances
π₯ Tackles
π₯ Blocks
π₯ Duels
π₯ Aerial duels pic.twitter.com/5iOlo8fCqj— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) May 19, 2021
Bersambung babak kedua, Phillips berjaya meletakkan Liverpool dua gol di hadapan menerusi tandukan kemas beliau selepas menerima hantaran dari byline oleh Sadio Mane.
Burnley memberikan respon yang luar biasa selepas itu. Mereka banyak menyerang dan mendesak Liverpool turun ke bawah.
Tetapi Burnley terus buntu dan tumpul di hadapan gol. Sebaliknya, Liverpool yang meraih gol ketiga permainan, Oxlade-Chamberlain gerakan ringkas di dalam kotak penalti sebelum merembat rendah ke near post dan masuk.
Kemenangan ini membuatkan Liverpool naik ke kedudukan keempat, mengatasi Leicester yang tewas di tangan Chelsea pada hari sebelumnya.
4 – Liverpool will end the day in the Premier League top four for the first time since mid-February, at the expense of Leicester, who find themselves outside the UEFA Champions League qualification places for the first time since early December. Mathematics. pic.twitter.com/AUya8oH6Lh
— OptaJoe (@OptaJoe) May 19, 2021
Baca juga artikel
Rudiger: “Kebiadaban Amartey Harus Dihukum Dan Jadi Motivasi Tambahan Kami”