Antonio Rudiger mengakui bahawa keraian kontroversi Daniel Amartey yang membaling bendera Chelsea di Wembley – telah menjadi motivasi kepada mereka untuk menghhukum The Foxes.
Chelsea bertemu sekali lagi dengan Leicester. Kali ini dalam aksi EPL yang bakal menentukan pasukan mana yang akan layak ke UCL musim hadapan.
The Blues melengkapkan kemenangan penting 2-1 ke atas pasukan Brendan Rodgers di Stamford Bridge. Rudiger memecahkan kebuntuan pada separuh masa kedua setelah menyambar sepakan penjuru Ben Chilwell.
Chelsea menambah gol kedua menerusi penalti Jorginho. Kelechi Iheanacho menjaringkan satu gol untuk Foxes.
Chelsea tampil seperti singa kelaparan dalam perlawanan ini. Malang sekali beberapa insiden tidak memihak kepada mereka. 2 kali gol Timo Werner dibatalkan.
Ini adalah kemenangan yang sangat penting. Kemenangan yang membuat Chelsea kembali mengawal nasib mereka sendiri dalam perlumbaan empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Kemenangan itu juga membalas dendam kekalahan final Piala FA yang dialami The Blues pada hari Sabtu. Kemudian pemain pertahanan Leicester, Amartey, dalam satu rakaman video bertindak biadap dengan melemparkan bendera yang diberikan kepada Foxes sebagai cenderamata oleh Chelsea.
Ia dilihat sebagai tindakan yang tidak sopan dan Rudiger mengakui setelah kemenangan malam tadi bahawa insiden itu memberi motivasi tambahan kepada pemain.
“Sayangnya, sebilangan dari mereka tidak tahu bagaimana untuk meraikannya. Kami harus menghukum mereka, 100%,” kata Rudiger.
The disrespect from Daniel Amartey ðŸ¤
(via lawestt_/IG) pic.twitter.com/yfuxkOmFri
— ESPN FC (@ESPNFC) May 15, 2021
“Beberapa orang dari mereka memberi kami sedikit motivasi mulai hari Sabtu. Tahniah kepada mereka, mereka menang. Raikan tetapi jangan tidak menghormati sejarah kelab. Ianya lebih besar daripada kamu.”
Amartey juga terlibat dalam pergaduhan lewat di tepi padang di Stamford Bridge. Thiago Silva, Cesar Azpilicueta dan Mason Mount semuanya memaki pemain antarabangsa Ghana, yang merupakan pemain gantian Leicester yang tidak digunakan.
https://twitter.com/i/status/1394861357099454474
Tuchel mengakui selepas perlawanan, dia tidak menggunakan insiden itu untuk medorong pemainnya beraksi dengan motivasi tambahan.
Rudiger call Amartey’s name stop cutting corners😂😂😂 pic.twitter.com/HErqat8HXN
— Osi (@Osatofrances) May 18, 2021
Leicester kini masih berada di tangga keempat. Namun jika Liverpool menang dalam aksi menentang Burnley, mereka akan berada di tangga kelima kerana perbezaan jaringan.
Baca juga artikel
Billionaire Beli Kelab China Dan Mengarahkan Jurulatih Menurunkan Anaknya Bermain Aksi Kompetitif