Malam ini pasukan kebangsaan Malaysia akan berentap dengan pasukan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022.
Dijangkakan berpuluh ribu penyokong Harimau Malaya akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe malam ini demi untuk meneruskan perjuangan Malaysia dalam misi untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 khasnya.
Hi, waktu servis adalah seperti biasa pd mlm ni.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 14, 2019
sepatutnya extend laaa, hopefully malaysia vs indon punya game korang extend pleaseee kalau tak memang tak balik la
— najs (@Njwnn) November 14, 2019
Extend la.. Jiwa malaysia tu memang takda dalam hati ke
— AKAzmiK (@AzmiraAdamAdib) November 14, 2019
Ehmm jln kaki berjemaah la caneh.. kang ckp demo pulak
— ناايستي زان (@naestyzana) November 14, 2019
Namun, berdasarkan maklum balas dari laman sosial RapidKL sebentar tadi, tiada sebarang lanjutan waktu perkhidmatan disediakan dan kekal seperti biasa sahaja. Perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi dari penyokong Harimau Malaya yang memang menggunakan perkhidmatan RapidKL untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Hi Jep, utk makluman kami tidak menerima emel/maklum balas dr mana2 pihak berwajib utk meneruskan perkhidmatan tambahan. Terima kasih.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 14, 2019
Takde common sense ke? Nak kena suruh dulu, macam baru skali dua ada game besar kat Bukit Jalil 😅 Kita tengok game lawan Indonesia 19 Nov ni macam mana… https://t.co/dmckPE5yKH
— Taslim Razin (@manarianz5) November 14, 2019
Mungkin ramai yang bertanyakan mengenai adakah sukar untuk RapidKL melanjutkan waktu perkhidmatan pada malam ini, tetapi pihak RapidKL melalui laman sosial Twitter menjelaskan bahawa tiada emel atau makluman dari mana-mana pihak berwajib untuk meneruskan perkhidmatan waktu tambahan.
Berdasarkan kemaskini tersebut, dilihat mungkin pihak FAM tidak membuat sebarang permohonan lanjutan perkhidmatan kepada RapidKL pada malam ini untuk kemudahan para penyokong Harimau Malaya datang dan pulang menggunakan perkhidmatan RapidKL.
Tak, kami pon still nak kena ikut semua peraturan utk extend servis. Harap semua faham.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 14, 2019
Tak, camni..kami pon kena ikut semua prosedur dan sebelum ni kami dah bg tau cara2 utk extend dan skrg kami mmg tak dapat request dr mana2 pon berkenaan ini. Harap semua memahami.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 14, 2019
Kalau nak ikutkan nak kena emel surat sebelum tarikh perlawan.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 14, 2019
Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang perkembangan lanjut atau perubahan waktu lanjutan yang diterima. Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya menerima makluman lanjut mengenai perubahan waktu tambahan perkhidmatan RapidKL dari Stadium Nasional Bukit Jalil dari masa ke masa.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil