Thiago Silva kembali ke San Siro, yang telah menjadi rumah kepadanya selama tiga tahun, sejak 2009.
Baca Juga:
- Chelsea vs AC Milan: Kemenangan Sulung Diraih The Blues
- 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Graham Potter Untuk Membangkitkan Chelsea
- Inter Milan vs Barcelona: Hakan Calhanoglu Wira Di Giuseppe Meazza
Kemudian pada 2012, dia memutuskan untuk berpindah ke Paris Saint-Germain. Ketika itu dia terpaksa meninggalkan AC Milan untuk membantu kewangan kelab.
Sepuluh tahun kemudian, Silva akhirnya kembali ke San Siro sekali lagi.
Kembalinya Silva ke San Siro bukanlah percutian ataupun lawatan santai, tetapi perlawanan hidup dan mati untuk Chelsea dalam kempen UCL.
Thiago Silva harus melupakan nilai sentimental San Siro kepadanya dan fokus untuk membantu Chelsea.
Dia menyatakan bahawa dia kekal profesional. Chelsea akan menentang Milan pada minggu ke-4 Kumpulan E Liga Juara-Juara 2022/2023 pada Rabu.
Siapa pun pemenang dalam perlawanan ini akan membuka laluan cerah untuk layak ke peringkat kalah mati. Kedua dua pasukan masing masing berkongs 4 mata.
Sebelum ini, Silva pernah membantu Chelsea menang 3-0 dalam pertemuan pertama menentang Milan yang diadakan di Stamford Bridge. Dia terpaksa melakukannya sekali lagi untuk membantu Chelsea mara.
Thiago Silva menikmati karier yang hebat di AC Milan walaupun tidak banyak trofi. Dia berjaya memenangi 1 Serie A dan 1 Piala Super Itali. Namun secara individu, detik di AC Milan merupakan antara detik terbaik dalam kariernya.
Dia dianggap pemain bek tengah terbaik pada masa itu.
Silva berkata: “Saya sangat, sangat gembira berada di sini [San Siro] sekali lagi selepas mungkin sebelas atau 12 tahun sejak saya kali terakhir di sini.”
🗣️ #ThiagoSilva: "It was a special day because I played against my old club and it will be exciting to play them again at the #SanSiro in a week's time. With #ACMilan I had the best years of my life. I hope Tuesday can also be a special night like it was last night." pic.twitter.com/pfjW7oNaHo
— Milan Posts (@MilanPosts) October 6, 2022
“Semua pengalaman baik yang saya alami di sini nampaknya terlintas di kepala saya semula. Dan esok, saya akan berasa lebih gembira. Perlawanan ini akan menjadi emosi yang sangat besar,” tambahnya lagi.
Isterinya turut merasakan emosi yang sama. Isabele da Silva menegaskan bahawa kembali ke Milan adalah sesuatu yang emosional baginya.
Thiago Silva menegaskan: “Terdapat banyak emosi dalam permainan. Isteri saya sangat tersentuh ketika kami berada di London dan kami menentang Milan.”
“Jadi dalam perlawanan nanti, isteri saya boleh menangis. Tetapi akhirnya, saya harap kita semua boleh ketawa bersama semula selepas menang.”
Sebelum berpindah ke Chelsea, ada khabar angin yang mengatakan Silva mungkin akan berpindah ke Milan semula dan bersara di sana.
Namun pemain berusia 38 tahun itu menganggap itu semua cuma khabar angin. Namun dia tidak menolak kemungkinan jika dia ada peluang bersara di San Siro suatu hari nanti.