Pemain pertahanan Yokohama F Marinos, Theerathon Bunmathan percaya pemain Thailand mampu untuk mencipta nama dalam saingan J. League pada masa akan datang.

Bercakap kepada FIFA, Theerathon berkata kebolehan individu sahaja tidak cukup untuk beraksi di liga terbaik di rantau Asia itu.

Pemain Thailand
Sumber Gambar: Goal.com

“Saya percaya pemain Thailand mampu untuk mengecapi kejayaan di saingan J. League. Beberapa pemain muda akan mendapat peluang mereka pada masa akan datang.

“Akan tetapi mereka perlu faham bahaqa bukan mudah untuk beraksi di sini dan mereka akan berdepan kesukaran. Kebolehan individu sahaja tidak mencukupi,” kata Theerathon.

Bekas pemain Muangthong United itu turut berkongsi ketika dalam tempoh menyesuaikan diri di Jepun memandangkan ini kali pertama beliau beraksi di luar negara.

“Beraksi di saingan J. League merupakan impian saya. Saya sudah meletakkan sasaran jika saya keluar dari saingan Thai League, saya mahu beraksi di Jepun.

Pemain Thailand
Sumber Gambar: Twitter

“Beraksi di Jepun nyata membantu saya untuk menjadi pemain yang lebih baik. Saya mengambil masa tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan J. League, budaya dan juga cuaca di Jepun,” tambahnya.

Theerathon Bunmathan menjadi nadi utama Yokohama F Marinos ketika mereka memenangi saingan J1 musim lalu.

Baca artikel lain mengenai Theerathon Bunmathan di sini:

Theerathon Bunmathan: Thailand Berkembang Kerana Dibarisi Pemain Yang Beraksi Di Luar Negara

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Pilihan Theerathon Bunmathan