Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan resmi meninggalkan kelab Jepun, Yokohama F Marinos dan kembali menyertai kelab lamanya, Buriram United.
Perkara ini diumumkan oleh Yokohama di laman media sosial rasmi pasukan dimana Theerathon kembali ke saingan Thai League 1 selepas tiga musim beraksi di Jepun.
#ティーラトン 選手が、ブリーラム・ユナイテッドFCへ完全移籍することが決定しました。
💬「横浜F・マリノスに関わるすべての人たち、マリノスファミリーに感謝しています」フルコメントは▶︎ https://t.co/N6hDvTEo2u#fmarinos #ThankYouブンちゃん pic.twitter.com/jyuYRGOhHr
— 横浜F・マリノス【公式𝕏】 (@prompt_fmarinos) December 16, 2021
“Sejak beraksi bersama Yokohama pada 2019, setiap hari merupakan cabaran bagi saya. Tapi semua menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan sangat berharga bagi saya, termasuk ketika kami memenangi kejuaraan liga.
“Saya mempunyai impian beraksi di Liga Jepun. Atas kerja keras saya, saya sangat gembira kerana dapat beraksi bersama Yokohama F Marinos.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dalam kelab ini. Walaupun saya kembali ke Thailand, namun saya akan terus bekerja keras. Saya harap anda semua terus menyokong saya,” kata Theerathon Bunmathan dipetik dari laman web rasmi kelab.
#OFFICIAL ธีราทร บุญมาทัน แบ็คซ้ายทีมชาติไทย ย้ายจาก โยโกฮาม่า เอฟ มารินอส ทีมในศึก เจ 1 ลีก ญี่ปุ่น กลับมาถิ่นเก่า บุรีรัมย์ ยูไนเต็ด #ช้างศึก #Thaileague #RevoThaileague #T1 #Thaileague2021 #ไทยลีก #รีโว่ไทยลีก #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ไทยลีก2021 #ธีราทร #บุรีรัมย์ยูไนเต็ด pic.twitter.com/O7kvdGcCgN
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) December 16, 2021
Kali pertama Theerathon beraksi di saingan J. League ialah pada musim 2018 dimana beliau menyertai Vissel Kobe secara pinjaman dari Muangthong United.
Pada musim berikutnya, pemain berusia 31 tahun itu kemudiannya menyertai Yokohama secara pinjaman dan berjaya memenangi kejuaraan liga dimana Yokohama menamatkan saingan musim 2019 enam mata di hadapan FC Tokyo yang menduduki tangga kedua sekaligus muncul sebagai juara.
Di atas persembahan cemerlang yang ditampilkan sepanjang musim 2019, Theerathon menandatangani kontrak tetap bersama Yokohama dan beliau turut tersenarai dalam 11 pemain Asia terbaik bagi tahun 2020 yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS). Senarai tersebut turut diisi oleh nama besar dalam bola sepak Asia seperti Takumi Minamino, Son Heung-min dan Sardar Azmoun.
Sebelum ini, Theerathon pernah beraksi bersama Buriram United pada 2009 hingga 2016 sebelum menyertai seteru utama pasukan tersebut iaitu Muangthong United.
Dalam saingan Thai League 1 musim 2021/2022, Buriram ketika ini menduduki tangga teratas dalam carta liga, mempunyai kutipan mata yang sama dengan pasukan di tangga kedua iaitu Bangkok United namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Kehadiran Papé Diakité Mampu Bantu Terengganu Dalam Perebutan Bola Di Udara
Park Hang-seo: Seri Menentang Indonesia Tidak Memberi Kesan Kepada Kami