Seperti laporan kami sebelum ini, 2 Pemain Skuad Piala Asia Thailand Bakal Beraksi Dalam J1 League 2019, Theerathon Bunmathan sah beraksi bersama pasukan J1 League Yokohama F Marinos untuk musim 2019.
Laporan terbaharu ini telah disahkan oleh laman web rasmi Yokohama F Marinos pagi ini, dan maklumat lanjut mengenai tempoh kontrak pinjaman itu akan diberitahu sejurus selepas ujian perubatan dijalankan.
Sebelum ini. Theerathon Bunmathan telah beraksi selama 1 musim secara pinjaman dengan Vissel Kobe – melakukan 28 penampilan liga, mengumpul 2,111 minit masa bermain tanpa sebarang gol dijaringkan.
Dijangkakan, Theerathon Bunmathan akan menandatangani kontrak pinjaman selama 1 musim bersama Yokohama F Marinos pada musim 2019 ini mengisi kuota pemain dari negara-negara JLeague Partner Nations.