Pasukan kebangsaan Thailand menamatkan saingan King’s Cup 2019 di tempat terakhir setelah mereka mengalami kekalahan kedua dalam kejohanan tersebut dimana mereka tunduk kepada pasukan India dengan keputusan 1-0 pada perlawanan play-off tempat 3/4 di Chang Arena Sabtu lalu.
Setelah tewas kepada seteru serantau, Vietnam pada perlawanan pertama, Thailand berazam mahu menewaskan India bagi menceriakan penyokong setia mereka. Namun, segala perancangan pasukan tuan rumah itu tidak menjadi apabila India lebih banyak menguasai perlawanan.
India terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabil Anirudh Thapa menyudahkan hantaran rakan sepasukan, Adil Khan dalam kawasan penalti setelah barisan pertahanan Thailand gagal untuk mengeluarkan bola hasil daripada sepakan percuma yang diperoleh India.
17' GOOOAAAL! It's @AnirudhThapa again! 🔥🔥
Adil gets the ball on the wing after a melee. His cross goes across the face of the goal and Thapa taps it in from beyond the far post. 🤩
🇹🇭 0-1 🇮🇳#THAIND #KingsCup 👑 #BlueTigers 🐯 #BackTheBlue 💙 #IndianFootball ⚽ pic.twitter.com/A9i1QRsDuM
— Indian Football Team (@IndianFootball) June 8, 2019
Setelah ketinggalan, Thailand cuba untuk mencari gol penyamaan namun percubaan skuad Gajah Perang itu berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan India. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Juara bagi saingan King’s Cup edisi sulung adalah Curacao. Pasukan bimbingan Remko Bicenti ini berjaya menewaskan India pada perlawanan pertama dengan keputusan 3-1. Curacao kemudiannya terikat seri 1-1 ketika menentang Vietnam dan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Kegagalan penyerang Vietnam, Nguyen Cong Phuong untuk menyempurnakan sepakan penalti memberi padah apabila Mateo Maria berjaya menjaringkan sepakan penalti terakhir sekaligus memberikan kejuaraan sulung kepada negara yang terletak di laut Caribbean.