Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) secara rasmi mengumumkan nama 47 orang pemain yang akan menyertai kem latihan skuad kebangsaan negara itu menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Jun nanti.

Apa yang menarik, dari semua 47 orang pemain tersebut ada terselit nama seorang pemain muda berusia 17 tahun iaitu Thanawat Suengchitthawon yang kini beraksi untuk Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain ini jika juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan bawah 16 dan 17 tahun Perancis sekitar tahun 2016 hingga 2017 ketika bermain bersama akademi remaja Nancy.

Mungkin ini adalah satu panggilan dari ketua jurulatih kebangsaan Thailand, Akira Nishino untuk melihat dengan lebih jelas prestasi Thanawat Suengchitthawon sebelum beliau membuat keputusan samada mahu menyenarai pemain ini untuk perlawanan penting itu nanti.

Thailand akan menghadapi Indonesia, UAE dan Malaysia selaku lawan terakhir dalam kumpulan G dalam misi mencari tempat untuk layak ke kejohanan Piala Asia 2023 secara automatik sekiranya berjaya muncul juara kumpulan atau berada sebagai 4 pasukan tempat ke-2 terbaik keseluruhan.

Kedudukan semasa dalam kumpulan G adalah seperti berikut;

Kumpulan G

Teruskan membaca artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Jaringkan Dua Gol Ketika Menentang Manchester United, Pemain Muda Thailand Ini Mula Curi Tumpuan

Kerteh FC Berjaya Jual 350 ‘Joyah’ Dalam 5 Hari, Jana Pendapatan 4 Angka Dari Produk SME Tempatan

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021