Thailand mahu mendapatkan khidmat pemain yang beraksi dalam saingan Ligue 2, Thanawat Suengchitthawon untuk diserap ke dalam skuad B-23 tahun negara itu.
Thanawat merupakan pemain berusia 20 tahun yang beraksi di posisi attacking midfielder dan beraksi bersama skuad pambangunan AS Nancy yang menamatkan saingan divisyen kedua liga bola sepak Perancis itu di tangga ke-12 pada musim 2019/2020 lalu.
Pemain yang mula beraksi bersama Nancy sejak musim 2016/2017 itu dilahirkan di Perancis namun ibu bapa beliau berasal dari Thailand. Selain itu, prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Thanawat turut menyaksikan beliau pernah dilantik sebagai ketua pasukan skuad pembangunan Nancy dan dipanggil untuk beraksi bersama skuad B-17 tahun Perancis.
Selain mahu mendapatkan Thanawat Suengchitthawon, Thailand juga mahu memanggil Marcel Sieghart, penyerang yang beraksi di Jerman dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan akademi terkenal di Jerman seperti Bayern Munich B-16 dan B-15 serta akademi TSV 1860 München.
Sieghart merupakan pemain kacukan Thailand-Jerman dan menurut laporan beberapa laman berita di Jerman, pemain ini mempunyai gaya permainan seperti bekas penyerang Bayern Munich, Miroslav Klose, berbahaya di udara dan mempunyai fizikal yanga baik.
Baca artikel lain mengenai pemain skuad kebangsaan Thailand di sini:
Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League
Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta Mahu Ikut Jejak Langkah Chanathip Songkrasin
Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020