Skuad kebangsaan Thailand berpeluang menentang pasukan yang berada di ranking FIFA lebih tinggi apabila dijemput menyertai Piala Asia Barat 2023 anjuran Federasi Bola Sepak Asia Barat (WAFF).
Kejohanan itu bakal diadakan di Dubai, UAE mengikut jadual kalendar FIFA melibatkan 12 negara arab seperti tuan rumah (UAE), Jordan, Lubnan, Palestin, Iraq, Syria, Arab Saudi, Yemen, Bahrain, Kuwait dan Oman.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Pathit Supapong mengesahkan perkembangan itu dan mereka satu-satunya wakil dari luar Asia Barat yang dijemput menyertai kejohanan tersebut.
FAT melihat ini peluang terbaik untuk mengumpulkan lebih banyak mata ranking FIFA kerana lawan yang ditemui berada di ranking lebih tinggi dan berada di tahap berbeza.
“Ia sama seperti Jepun yang mendapat jemputan menyertai kejohanan eropah (UEFA Nations League) di mana Thailand adalah wakil luar yang diberi peluang beraksi dalam Piala Asia Barat.
“Kami berminat untuk menyertainya tetapi belum membuat keputusan kerana perlu berbincang dahulu,” kata Pathit.
🇹🇭 The West Asian Football Federation (WAFF) has sent an invitation to the Thailand national team to compete in the 2023 West Asian Football Championship in the UAE during "FIFA Day" this March.
The tournament is expected to have 11 Western Asian teams and a guest team#FAT pic.twitter.com/XukgJE1pkO
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 2, 2023
Piala Asia Barat 2023 dijadualkan berlangsung pada tarikh antarabangsa FIFA iaitu 20 Mac hingga 28 Mac 2023 namun kejohanan itu dijangka mengambil masa selama dua minggu untuk tamat.
Ini akan menjejaskan jadual perjalanan Liga Thailand dan mereka perlu berbincang dengan pihak kelab dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pasukan kebangsaan Thailand mungkin akan beraksi sekurang-kurangnya 3 perlawanan pada pusingan pertama menentang pasukan ranking lebih tinggi.
“Inilah peluang untuk kami naikkan kedudukan ranking FIFA kerana ia memberi kesan kepada undian Piala Asia 2023 dan kelayakan Piala Dunia 2026 dimana setiap pasukan ditempatkan dalam balang undian mengikut kedudukan ranking masing-masing.
“Peluang seperti ini bukan mudah untuk dapat. Ianya sesuatu yang memalukan jika kami tidak menyertainya,” ujar Pathit.