Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengesahkan akan kembali menggunakan teknologi VAR dalam perlawanan akhir Piala FA Thai 2019 yang akan diadakan pada bulan November nanti.
Port FC dan Ratchaburi adalah 2 pasukan yang akan berentap dalam perlawanan akhir itu yang sudah memasuki edisi ke 24 dan akan diadakan di Stadium LEO, stadium kepada pasukan BG Pathum United pada 2 November 2019.
Penggunaan VAR dalam saingan bola sepak Thailand bukanlah kali pertama akan digunakan kerana pada awal tahun 2018, sistem ini telah pun diperkenalkan namun dihentikan sementara waktu selepas menerima banyak aduan dari pihak kelab.
Sejak dari itu, pihak FAT bertungkus lumus untuk kembali menggunakan sistem VAR ini selepas mendapat nasihat dari FIFA serta menjalani latihan yang diperlukan untuk memastikan semua pegawai bertugas mempunyai ilmu yang cukup bagi mengendalikan perlawanan diperingkat domestik.
Pengenalan semula teknologi VAR ini sepatutnya dilakukan dalam lebih awal iaitu apabila liga memasuki pusingan kedua, namun disebabkan beberapa isu teknikal yang tidak dapat dielakkan ia hanya akan digunakan dalam perlawanan akhir Piala FA Thai 2019.
Baca juga artikel menarik lain yang telah kami sediakan untuk anda.
Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang
Thai League Akan Lancar Semula Penggunaan Sistem VAR Mulai Oktober 2019