Liga bola sepak negara jiran, Thailand sudah pun memasuki perlawanan ke 21 dari 34 perlawanan keseluruhannya bagi saingan Thai League 1 musim 2018 ini.
Selepas menamatkan perlawanan ke 21, menurut kemaskini dari laman sosial Instagram rasmi Thai League, jual tiket bagi kesemua perlawanan pasukan dalam Thai League 1 telah pun mencecah sekitar THB 117.14 juta iaitu kira-kira RM14.27 juta.
Jumlah tersebut adalah hasil dari kehadiran penonton ke stadium sejak perlawanan pertama Thai League 1 musim 2018. Menurut angka yang dikeluarkan seramai 876,206 orang telah hadir ke stadium musim ini.
Dari kedua-dua angka tersebut, jika diambil purata untuk sekeping tiket perlawanan adalah sekitar THB137 atau RM16.70 sahaja.
Pada kedudukan semasa, kelab tersohor Thailand Buriram United gah berada di takhta Thai League 1 sambil dikejar rapat oleh True Bangkok United dengan perbezaan 4 mata berbaki 13 perlawanan.
Juara liga Thai League 1 akan menerima slot automatik peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2019, manakala naib juara serta pemenang Thai FA Cup akan layak ke pusingan kelayakan 2 play-off.
Dari 21 perlawanan yang telah dilalui, kehadiran paling tinggi dicatatkan ketika pertemuan diantara Buriram United dan Muangthong United dengan jumlah penonton yang hadir seramai 30,011 orang.
Nakhon Ratchasima FC, kelab kepada penyerang dari Malaysia, Shahrel Fikri kini berada dikedudukan ke 11 liga dengan pungutan 28 mata.
Sementara itu, Curran Ferns yang kini beraksi untuk Sukhothai FC pula menghuni tangga ke 14 liga dan berada dalam zon penyingkiran ke Thai League 2 musim 2019.
https://www.instagram.com/p/BjwbWLRgbpb/?taken-by=sukhothaifcofficial