Tottenham Hotspur dan Antonio Conte dilaporkan sudah mencapai kesepakatan. Dan dijangka akan mengumumkan secara rasmi perjanjian tersebut esok.

Koresponden Fabrizio Romano menyatakan bahawa Conte dan Spurs setuju dengan kontrak sehingga 2023.

Spurs setuju dengan beberapa permainan Conte termasuk berjanji akan memberikan dana perpindahan yang secukupnya kepada Conte untuk perpindahan pemain pada Januari ini.

Namun tidak dipastikan peranan Conte dalam perpindahan pemain. Ini kerana Daniel Levy sebelum ini seringkali campur tangan secara langsung dalam perpindahan pemain.

Conte pula meminta beliau menjadi orang yang akan membuat keputusan akhir tentang jual beli pemain.

Sumber The Athletic pula melaporkan bahawa kontrak Conte tersebut bernilai £20 juta. Ianya angka yang sangat besar.

Sebelum ini Spurs mengumumkan pemecatan Nuno Espirito Santo selepas beberapa siri kekalahan. Terutama sekali selepas kalah 0-3 di tangan Man United.

Daniel Levy dikatakan sangat marah dengan kekalahan itu. Lebih lebih lagi Nuno Espirito bukan pilihan utama beliau dan Paratici. Bekas pengurus itu adalah pilihan ahli lembaga pengarah kelab yang lain secara majoriti.

Conte sebelum ini turut dikaitkan dengan Man United. Namun pasukan tersebut masih memberikan peluang kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk membuktikan dirinya layak untuk terus menjadi pengendali Man United.

Conte dilaporkan tetap menjadi calon utama menggantikan Ole selepas Conte dihubungi oleh United dan menyatakan beliau sedia untuk kembali ke dunia pengurusan terutama sekali untuk kelab seperti United.

Namun begitu, tawaran Spurs pula hadir selepas Ole berjaya melepasi cabaran pertama dengan menewaskan pasukan di Utara London itu.