Juventus dilaporkan akan dibatalkan penyertaan daripada Liga Persidangan Eropah atau UECL pada musim ini kerana salah laku kewangan yang mereka hadapi.
Baca Juga:
- Pogba: ‘Saya Lebih Disayangi Di Juventus Berbanding Di United’
- Mourinho Anggap Hukuman Ke Atas Juventus Satu Jenaka
- Juventus Kalah 1-4 Dan Dipotong 10 Mata Pada Hari Yang Sama
Namun keputusan rasmi tentang status Juventus itu akan diumumkan pada Julai akan datang.
Ketika ini Juventus masih berada dalam proses perbicaraan di atas dakwaan pelanggaran Fair Play kewangan oleh UEFA.
Serie A telah mengenakan hukuman ke atas kelab itu. UEFA mengakui bahawa siasatan ke atas Juventus ini menjadi sangat rumit.
Kelab itu bertekad akan mengheret kes tersebut ke CAS.
Pendakwaraya berharap agar kes ini diselesaikan segera menjelang penghujung Julai atau awal Ogos, untuk melengkapkan senarai pasukan yang didaftarkan untuk undian playoff Liga Persidangan Eropah (7 Ogos).
Dokumen Juve sangat kompleks. UEFA meminta pejabat pendakwa raya Turin dan FIGC untuk mengemukakan semua dokumen yang pertama kali diterjemahkan dan kemudian dikaji oleh penyiasat. Dan ianya ada beribu-ribu halaman.
Juventus pada musim 2022/23 telah dikenakan pemotongan 15 mata oleh mahkamah Itali lebih daripada hukuman yang diminta FIGC sebanyak 11 mata.
Namun kemudian Juventus memenangi kes itu di mahkamah rayuan sukan Itali dan dikembalikan semula 11 mata tersebut.
Pada minggu terakhir saingan Serie A, Juventus kembali dipotong 10 mata, dan kehilangan tempat dalam UCL, UEL dan berada dalam slot UECL.
Juventus memberikan respon pada masa itu menganggap keputusan oleh FIGC itu sebagai menindas dan tidak berlandaskan prinsip keadilan sebenar. Mereka bertekad untuk mencabar keputusan tersebtu di CAS.
Kegagalan bermain di mana mana pertandingan Eropah akan memburukkan lagi situasi kewangan Juventus. Di mana kelab itu berdepan masalah beban kewangan yang sangat tinggi.
Mereka telah berusaha melepaskan dan menjual beberapa pemain mereka musim lalu. Namun masih perlu banyak usaha dilakukan. Ini termasuk penjualan Cristiano Ronaldo ke Man United sebelum ini.
Mereka turut terpaksa melupakan kontrak baharu untuk Dybala seperti yang mereka janjikan awalnya kepada pemain itu.
Juventus masih berusaha untuk menjual beberapa pemain mereka, atau meminjamkan mereka ke kelab lain bagi mengurangkan kos gaji pemain.
Juventus berdepan impak kewangan teruk selepas pandemik. Kerana kelab itu berbelanja terlalu besar untuk mendapatkan pemain.