L’Equipe melaporkan bahawa Julian Nagelsmann tidak jadi datang ke PSG sebagai pengurus baharu pasukan itu bermula musim hadapan.

Baca Juga:

Nagelsmann sebelum ini dipecat oleh Bayern Munich beberapa bulan lalu dan digantikan dengan Thomas Tuchel.

Sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan antara PSG dan Nagelsmann sangat positif dan yakin bahawa Nagelsmann akan menjadi pengurus baharu kelab itu.

PSG memecat Christophe Galtier, sehari selepas keraian kejuaraan liga Perancis ataupun Ligue 1.

Seperti pengurus lain sebelum ini, ‘dosa’ besar untuk Galtier adalah tidak dapat membantu kelab itu menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

PSG dikaitkan dengan beberapa nama besar termasuk Mourinho. Namun pengurus AS Roma itu dikatakan tidak mengambil masa lama untuk berkata tidak kepada PSG. Kerana dia mahu terus kekal di Roma.

Rundingan antara PSG dengan Julian Nagelsmann dikatakan agak lancar pada awalnya. Namun menjadi rumit apabila kelab dilihat mahu campur tangan dalam urusan jual beli pemain.

Nagelsmann mahukan beberapa pemain untuk dibawa masuk. Termasuk Benjamin Pavard. Namun PSG sudah ada senarai mereka sendiri dan mengutamakan senarai itu.

PSG turut mahu Nagelsmann menggunakan pemain yang sedia ada.

Nagelsmann tidak gembira dengan ketiadaan kuasa penuh dalam urusan jual beli pemain dan kontrak pemain.

Nagelsmann tidak dapat menerima peranan orang atasan dan pemilik walaupun sedikit pun dalam isu berkaitan pengurusan pasukan dan pemain.

Sebelum ini ketika di Bayern dia pernah menjual Robert Lewandowski yang dianggap bintang besar di sana.

Ianya selepas Lewandowski tidak berpuas hati dengan Nagelsmann yang beberapa kali merehatkannya.

Menurut laporan dari Paris, kelab itu kini memburu khidmat Luis Enrique, bekas pengurus Barcelona dan Sepanyol.

Enrique sebelum ini pernah berunding dengan Chelsea dan Tottenham. Namun gagal mencapai kesepakatan akhir.

Pengurus itu dianggap pengurus yang memiliki pengurusan taktikal yang sangat baik.