Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim mendedahkan pihaknya masih belum membuat keputusan mengenai nasib ayam tambatan mereka, Kipre Tchetche untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Katanya dalam Bernama, status pemain berusia 32 tahun itu masih dalam perbincangan, begitu juga dengan nasib pemain import kelahiran Kemboja, Thierry Chantha Bin yang telah bersama dengan skuad Penyu sejak tahun 2017.

“Kita masih bincang tentang perkara itu dan jika ada rezeki, adalah. Kita akan umumkan kemudian perkara ini, kerana perlu uruskan perkara berkenaan jurulatih dan lain-lain dahulu dalam masa terdekat,” jelasnya.

Kipre
FOTO: BH

Sementara itu, Tchetche ketika dihubungi oleh Bernama berkata beliau masih sabar menanti keputusan dari PBSNT.

“Setakat ini belum ada keputusan dari persatuan (PBSNT), tetapi jika mereka tawarkan kontrak, saya masih berminat untuk bersama pasukan Terengganu,” katanya ringkas.

PBSNT setakat ini hanya mengekalkan dua pemain importnya iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov bagi mengharungi saingan Liga M musim hadapan. Malah, dua pemain itu akan beraksi dalam kejohanan jemputan, Piala Sheikh Kamal di Bangladesh yang bermula pada hari esok.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Terengganu FC.

Terengganu FC Dijemput Sertai Kejohanan Jemputan Di Bangladesh

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

Terengganu FC Tidak Sambung Kontrak Ahmad Syamim Yahya

Sumber