Penantian Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai siri BWF World Tour masih berlarutan apabila tewas pada aksi final Terbuka India 2023 yang berlangsung di Dewan Tertutup K. D. Jadhav, New Delhi sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Impian untuk muncul juara sulung itu lenyap apabila mereka tunduk ditangan wakil dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-14, 19-21, 18-21 dalam aksi yang berlarutan lebih satu jam.

Lebih pedih untuk diperkatakan, ia merupakan kekalahan ketiga Aaron Chia-Soh Wooi Yok ke atas lawan tersebut dimana gandingan negara itu tunduk dua kali pada tahun lalu dalam saingan Indonesia Masters dan Terbuka Perancis.

Juara dunia itu bagaimanapun bermula garang pada set pertama apabila hanya memerlukan lima minit untuk mendahului 11-6 dan kecemerlangan itu berterusan membolehkan Aaron-Wooi Yik menang 21-14.

Set kedua lebih mencabar pada set kedua apabila pasangan negara itu cuba bangkit daripada ketinggalan sejak dari awal permainan tetapi ia masih belum mencukupi apabila mereka tunduk 19-21.

Ketika aksi set ketiga kelihatan seperti bakal memihak pasangan negara, gandingan China itu mempamerkan kebangkitan dan mengambil kesempatan di atas kesilapan mudah dilakukan Aaron-Wooi Yik untuk mengesahkan kemenangan.

Kali terakhir pasangan negara yang menjuarai saingan Terbuka India adalah pada tahun 2010 dimana Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menundukkan gandingan tuan rumah, Rupesh Kumar-Sanave Thomas.

Selepas Terbuka India 2023, cabaran pemain negara akan beralih ke Daihatsu Indonesia Master yang bakal berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta bermula 24 hingga 29 Januari nanti.