Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata, dia terbuka dan gembira mendengar ejekan daripada peminat selepas dia memutuskan untuk mengeluarkan Rasmus Hojlund ketika Brighton & Hove Albion.
Baca Juga:
- Alasan Pelik United Tangguh Penjualan Jersi Hojlund Sebelum Ini
- RASMI: Rasmus Hojlund Sertai Man United, Impiannya Sejak Dari Kecil
- Kai Havertz,. Mount Dan Caicedo Dilabel Perpindahan Paling Teruk
Pemain antarabangsa Denmark itu membuat debut penuhnya di Old Trafford awal hari Sabtu, dan dia hampir menjaringkan gol penyamaan untuk United.
Malangnya, gol itu dinafikan oleh VAR selepas bola Marcus Rashford melepasi garisan tepi sebelum dihantar kepada Hojlund.
Man United kalah di halaman sendiri 1-3 di tangan Brighton. Hojlund walaupun tidak dapat menjaringkan gol, tetapi dia memukau penyokong setia kelab itu dengan penampilan sulung di tempat sendiri yang mengagumkan.
Penyerang yang berusia 20 tahun itu juga dilihat sangat rajin membantu pertahanan dan sangat cepat untuk terlibat dalam serangan di sepertiga akhir padang.
Penggantian Hojlund dibuat pada minit ke-64 disambut dengan sorakan ejekan dari Old Trafford.
Bercakap selepas perlawanan, Ten Hag menyedari akan reaksi ejekan peminat Man United dan mengambil ia sebagai perkara positif. Ten Hag menyatakan itu bukti bahawa peminat di Old Trafford sudah menerima Hojlund dan yakin dengan pemain itu.
Pengurus asal Belanda itu menambah bahawa pemain tersebut beraksi dengan sangat baik, tetapi terpaksa dikeluarkan kerana mengambil kira faktor kecergasan perlawanan.
🔴 Utd fans vent their frustration over Hojlund substitution
⚫️ Ten Hag defends decision and says boos were 'positive' for Hojlund
🔴 Utd suffer 4th straight PL defeat to Brighton
⚫️ Ten Hag says Utd aren't in crisis ahead of B Munichhttps://t.co/ignqcjs7Hi via @MailSport #mufc— Chris Wheeler (@ChrisWheelerDM) September 16, 2023
Di mana pemain itu baru sahaja pulih daripada kecederaan di belakang yang dia hadapi.
Ten Hag memberitahu Manutd.com: “Saya fikir ia sangat bagus berkaitan reaksi ke atas Hojlund, jelas orang ramai menerima persembahan pertamanya, persembahan pertamanya di Old Trafford, yang sangat bagus, apabila anda membawa masuk pemain baru dan dia mendapat sambutan seperti ini.”
“Dia datang dengan isu kecil [kecederaan] dan dia tidak bersedia lagi untuk bermain sepenuhnya dalam perlawanan.”
“Semua orang teruja dengannya dan saya rasa dia beraksi dengan sangat baik jadi kami gembira. Ini adalah langkah seterusnya, selepas kecederaannya, dia baru pulih daripadanya. Dia mempunyai beberapa halangan dalam aspek kecergasan dan kami perlu membinanya. Tetapi saya fikir ia adalah satu lagi langkah besar.”
Ten Hag on boos for subbing Hojlund: "It was positive. You see the fans in first moment at Old Trafford, reception was great, he performed very well, it was good they gave this signal, will give him belief. He came in with a small issue, he is not ready for a whole game." #MUFC
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) September 16, 2023
Hojlund menyertai United dari Atalanta pada awal Ogos lalu, tetapi terpaksa menunggu sehingga awal September untuk membuat penampilan sulungnya – selepas mengalami kecederaan belakang pada pramusim.
Dia hanya membuat penampilan cameo ketika menentang Arsenal sebelum rehat antarabangsa. Ketika bersama Denmark, dia bermain kurang daripada 90 minit dalam dua perlawanan.