Ia bukan satu penutup seperti yang diharapkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang telah berlangsung pada hari Isnin lalu bertukar menjadi satu mala petaka besar selepas but kecil, bersaiz kaki bayi baru dilahirkan, disampaikan kepada pemenang kasut emas dari pasukan Selangor, Rufino Segovia del Burg yang turut merangkul ‘silver boot’ selaku penjaring terbanyak Liga Super (31 gol) dan seorang lagi pemenang anugerah yang sama Shafiq Shaharudin, penjaring gol terbanyak dalam kategori pemain tempatan.

Apa yang berlaku?

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkongsi dengan Twentytwo13 dimana beliau mendedahkan apa yang menyebabkan insiden malang itu berlaku.

Kevin: Ada sebuah jawatankuasa yang mengawal selia acara dan projek seperti itu. Ianya terdiri dari individu dari pelbagai jabatan dalam MFL dan diketuai oleh seorang pengurus projek. Ketua Pegawai Operasi kami, Mohd Shazli Shaik Mohd menyelia perkara ini dari sudut operasi. Pengurus projek telah ditugaskan untuk membuat perancangan, pembelian untuk ABK … beliau merupakan individu yang melakukan penyelarasan diantara jabatan-jabatan. Sebarang kelulusan pembelian perlu melalui saya dan Shazli.

Trofi kasut emas dan perak telah dibekalkan oleh pihak NIKE. Mereka sepatutnya menghantar trofi itu kepada kami tahun ini dan perkara ini semuanya telah didokumentasikan.

Pengurus projek yang dilantik tidak menghubungi pihak Nike dengan lebih awal untuk syarikat sukan tersebut menyediakan trofi berkenaan. Beliau akhirnya menghubungi pihak NIKE beberapa hari sebelum ABK dan NIKE memberitahu bahawa masa cukup singkat untuk mereka menyediakan trofi tersebut. Pengurus projek itu membuat keputusan sendiri .. dan tanpa kelulusan … menggantikan trofi itu. Sedar bahawa perancangan awal telah dirosakkan, beliau ‘proceed’ menggantikan trofi bersendirian.

Dia sentiasa kata semuanya OK, semuanya bagus.

Pada hari anugerah tersebut (Isnin), Shazli melakukan pemeriksaan trofi sekitar waktu tengahari dan bertanyakan kenapa trofi kasut emas dan perak tiada disitu. Pengurus projek itu memberitahu trofi akan sampai.

Pada anugerah sebelum ini, pihak Nike menghantar trofi kasut itu terus ke venue sebelum acara bermula. Kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Nike berkaitan dengan anugerah itu … ia sentiasa dilakukan dengan sempurna.

Jadi, Shazli menganggap Nike akan menghantar trofi itu nanti ke venue. Lagipun, pengurus projek itu tidak menyatakan sebarang masalah yang wujud.

Apabila trofi anugerah itu dibawa kebelakang pentas, semua yang berada disitu sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Shazli pada ketika itu sibuk dengan tugas operasi begitu juga saya. Kami masih tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jika kami diberitahu sekitar jam 8 malam … bahawa ada sesuatu yang tidak kena … kami akan menarik balik anugerah itu. Kami akan menghentikan ‘perkara’ daripada keluar.

Pada 2016, kasut emas dan perak telah diletakkan didalam kotak dan tahun lepas diatas ‘tapak’. Kami telah memberitahu Nike, juga pada tahun lepas, yang kami mahu kasut itu diletakkan diatas tapak sahaja untuk tahun berikutnya.

trofi kasut emas ABK2018

Di manakah anda apabila anugerah pertama diberikan dan apakah yang terlintas difikiran pada ketika itu?

Pada ketika itu saya berada dibahagian belakang dewan utama dan sedar ada sesuatu yang tidak betul belaku.

Nota: CEO MFL bukan berada dibelakang pentas tetapi melihat dari ‘skrin’

Saya tidak mahu tengok benda itu langsung dan berkata kepada diri sendiri ‘WHAT THE F***!’

Apa Yang Berlaku Selepas Itu?

Kami cuba untuk mengetahui apa yang berlaku tetapi ‘damage was done‘. Sebelum kami mengeluarkan apa-apa kenyataan, kami mahu tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Kami mengambil masa sehingga keesokan harinya sebelum kami mengeluarkan kenyataan mengenainya. Kami telah melakukan siasatan dan menghubungi ramai pihak untuk mencari punca insiden itu.

Dalam 3 edisi terdahulu, kami menjadikan ABK sebagai acara mandiri untuk menutup musim bola sepak. Kami tahu apa yang ingin dicapai dan Shazli juga bersetuju untuk tidak akan membenarkan ‘benda’ itu keluar.

Kami telah menghubungi pihak Nike dan mereka jelas tidak ada isu untuk mendapatkan trofi sebenar kepada MFL. Sejurus kami menerima trofi itu dari mereka, ia akan terus dihantar kepada pemenang-pemenang anugerah dan mereka telah dimaklumkan tentang perkara ini.

Apa Kata Pengurus Projek mengenai Perkara Ini?

Kevin: Dalam surat perletakan jawatannya hari ini (7 November 2018), dia memberitahu bahawa telah bertindak bersendirian tanpa berunding dengan sesiapa pun. Dia faham itu adalah keputusan yang salah dan tidak kena.

WHEN WE QUESTIONED HIM EARLIER, HE SAID HE WENT BLANK AND PANICKED.

Die tahu bahawa sepatutnya perlu berhubung dengan Nike tetapi sebaliknya membuat pesanan berdasarkan gambar dari pembekal tempatan (trofi) kami terdahulu. Dia memang pernah deal dengan pembekal ini.

Adakah SOP Akan Bertukar Selepas Ini?

Kevin: Selepas setiap acara/majlis, kami akan duduk bersama untuk melihat bagaimana kami boleh mempertingkatkan lagi kerja dan meneliti SOP … apa yang perlu dibuat atau jika ada SOP  baru yang perlu ditambah. Kami menggunakan pendekatan yang sama (post-mortem), samada insiden ini terjadi atau pun tidak. Anda boleh mempunyai semua jenis SOP, tetapi apabila ada individu bertindak melampaui SOP … sekarang, ia amat sukar.

Ada Yang Mahu Anda Meletakkan Jawatan

Pihak pengurusan adalah bertanggungjawab keatas perkara ini termasuk saya. Kami tidak mengabaikan tanggungjawab ini. Kenyataan rasmi dikeluarkan selepas kami memperolehi semua fakta dan kami tidak mencari sebarang alasan. Kami beritahu cerita sebenar. Kami tidak cuba untuk memperlihatkan kami ini bagus.

Jika anda kata pihak pengurusan perlu meletakkan jawatan kerana isu trofi, anda seperti bergurau dengan diri sendiri. Ia adalah satu episod buruk tetapi cuba lihat/pertimbangkan apa yang sudah dilakukan oleh mereka (pengurusan) kepada liga … duit kepada pasukan. Kita tidak boleh cakap kerana sebuah trofi CEO dan COO perlu berhenti.

Anda akan dengar suara-suara seperti itu dari mereka yang mahukan tugas ini. Itu adalah silap besar; kami tidak akan mengabaikannya. Kami akan memperbetulkan perkara ini.

Orang yang cuba mengambil kesempatan akan terus melaungkan perkara itu. Suara itu akan ada hari ini, esok, tahun depan…saya fokus untuk mempertingkatkan liga kita. Jika sudah tiba masa untuk saya pergi, boss saya (Pengerusi MFL) akan menyuarakannya. Setahu saya, setakat ini saya tidak pernah lari dari tanggungjawab, baik atau buruk. Saya disini untuk jangkamasa lama dan untuk menjadikan benda lebih baik sehingga pengerusi kata masa untuk anda keluar sudah tiba.

Adakah Sukar Untuk Menerangkan Perkara Ini Kepada Tunku Ismail?

Tunku Ismail adalah pengkritik yang paling keras. Baginya, semua perkara yang dilakukan perlu berada dalam standard tersendiri dan itulah yang menjadi pemacu untuk membolehkan kami mencapai apa yang telah dicapai sekarang.

IT WAS VERY DIFFICULT (TO EXPLAIN TO HIM) AND IS STILL DIFFICULT. HE DOESN’T SETTLE FOR MEDIOCRE.

Nota editor: Terima kasih kepada penulis asal, Haresh Deol dan Twentytwo13 kerana memberi kebenaran bertulis untuk mengeluarkan artikel ini di Vocket FC.

Sumber