Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh telah menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan Thailand sekaligus bakal menyertai rakan sepasukan beliau di Police Tero FC.
Menerusi laman Instagram Story miliknya, Sumareh memuat naik gambar yang menunjukkan beliau sedang menjalani latihan ringan sambil dengan caption “hari terakhir kuarantin”.
Mohamadou Sumareh looks set to link up with Police Tero for the first time after completing his quarantine yesterday. pic.twitter.com/j4N3cFZKLK
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) October 13, 2020
Sumareh mula menjalani latihan ringan sejak 6 Oktober lalu, tepat seminggu setelah beliau tiba di Thailand selepas melengkapkan perpindahan ke Police Tero.
Sekiranya semua berjalan lancar, Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan menentang PT Prachuap pada 17 Oktober disusuli dengan aksi menentang Muangthong United pada 25 Oktober.
Dalam carta Thai League 1 ketika ini, Police menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 11 mata selepas beraksi tujuh perlawanan liga.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Mohamadou Sumareh di sini:
Tempoh Kuarantin Sumareh Hampir Tamat, Mula Jalani Latihan Ringan
Sumareh Tiba Di Thailand, Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Turun Beraksi Bersama Police Tero
Jurulatih Police Tero Sudah Tidak Sabar Untuk Turunkan Mohamadou Sumareh