Kelab Vietnam – Song Lam Nghe An (SLNA) dikatakan sudah memutuskan untuk menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh Thailand bagi menaik taraf fasiliti Stadium Vinh selepas bajet untuk tujuan itu diluluskan.

Menurut laporan dari ZingVN, CEO kelab SLNA Mr, Chiem menjelaskan bahawa sebelum ini sudah ada wakil syarikat dari Thailand datang untuk memperkenalkan teknologi yang mereka ada.

“2 tahun lalu, seorang wakil syarikat dari Thailand telah datang untuk memperkenalkan teknologi berkaitan rumput dalam mesyuarat teknikal kelab di Ho Chi Minh.

maxresdefault

“Teknologi ini termasuk mesin, peralatan dan cara menyelenggarakan padang serta mereka juga akan membantu dalam proses menyediakan asas yang betul dari awal.

Mr. Chiem juga turut menyatakan bahawa mereka akan menambah baik sistem lampu limpah sedia ada selepas membeli generator sendiri yang akan mengatasi masalah dihadapi ketika menyewa dari pihak ketiga sebelum ini.

“Sebenarnya pencahayaan di stadium sudah mencukupi, tetapi kami merancang untuk menaik taraf lampu limpah untuk kemudahan siaran televisyen dan foto yang lebih baik.”

Dengan perkembangan ini akan menyaksikan pemain-pemain SLNA akan mendapat kemudahan lebih baik dimasa depan seterusnya diharap mampu membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Inisiatif JDT Pemotongan 33% Gaji Untuk Sumbangan Tabung Bencana Jadi Tumpuan Media Thailand

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Lelong Jersi ‘Match Worn’ AFF Suzuki Cup 2018, Nguyen Van Quyet Kumpul Sumbangan Untuk Bantu Frontliners