Upacara Pembukaan Liga 1 Indonesia musim 2020 semalam menampilkan sedikit kelainan apabila terdapat persembahan tarian goyang TikTok di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Dalam video yang dikongsi oleh akaun twitter rasmi Liga 1, ratusan penari yang berada di kawasan padang bergoyang mengikut rentak musik yang sering terdapat dalam aplikasi TikTok.
TikTok merupakan aplikasi video & gambar yang paling popular di Hong Kong, Jepun dan kebanyakan negara rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Vietnam. Aplikasi ini sering dimuat naik oleh pengguna iOS.
🎥 Opening Ceremony Shopee Liga 1 🕺💃🇮🇩#ShopeeLiga1 #ShopeeForMen #ShopeeID pic.twitter.com/whaLVAbaB0
— BRI Liga 1 (@Liga1Match) February 29, 2020
Selain itu, terdapat juga maskot dari seluruh pasukan dalam Liga 1 yang ikut bergoyang. Kemudian, ratusan penari tersebut menutup acara pembukaan dengan membentuk koreo logo Liga 1.
Aksi pertama Liga 1 turut berlangsung di stadium tersebut selepas selesai upacara tersebut melibatkan pasukan Persebaya Surabaya menentang Persik Kediri.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Persik Kediri terlebih dahulu menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti Gaspar Vega kemudian Hasamu Yama menyamakan kedudukan untuk Persebaya.
Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Pemain Futsal Wanita Iran Meninggal Dunia Akibat Wabak Coronavirus
Indonesia Cari Lawan Dari Benua Afrika Untuk Aksi Persahabatan Antarabangsa
Gara-Gara Atur Keputusan Perlawanan Skuad Kebangsaan, 2 Pemain Laos Digantung Seumur Hidup Oleh AFC