Bekas pemain Juventus, Marco Tardelli menganggap Paul Pogba adalah toksik kepada kelab itu.

Baca Juga:

Ini kerana menurutnya, pemain itu tidak menunjukkan komitmennya kepada bola sepak dan kelab tersebut.

Pogba kembali semula ke Juventus selepas kontraknya dengan Manchester United berakhir.

Dia datang secara percuma dan menerima pengurangan gaji yang agak banyak untuk kembali semula ke Turin.

Namun setakat ini, pemain itu masih lagi tidak beraksi sebarang aksi kompetitif kerana masalah kecederaan.

Dia kembali ke padang latihan beberapa minggu lalu, namun cedera sekali lagi.

Marco Tardelli kemudian mempersoalkan sikap profesional Pogba.

Di mana pemain itu memuat naik gambarnya bergembira dengan menaiki ski ketika rakan rakannya yang lain bergelut untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Selain itu, sebelum ini Pogba dikritik peminat kerana dilihat bermain ski ais ketika masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Tardelli turut membidas sikap Pogba yang ibarat toksik dalam pasukan.

Ini termasuk perbuatan Pogba yang melengahkan pembedahannya sebelum ini kerana mahu beraksi di Piala Dunia 2022.

Ketika itu kelab mencadangkan pemain itu menjalani pembedahan segera. Tetapi Pogba menolak kerana dia yakin boleh pulih dengan cara rawatan konservatif.

Malangnya, kecederaannya pada masa itu menjadi semakin teruk dan akhirnya ejen pemain itu mengesahkan bahawa Pogba menerima untuk memasuki bilik bedah.

Tardelli berkata: “Pogba tidak bermain bola sepak sejak April 2022, masa tu dia di Manchester lagi.”

“Sekarang ini dia menjadi masalah kepada Juve, kita tidak tahun bila dia akan kembali dan kita tak tahu apa yang dia mahu lakukan.”

“Pogba pergi bermain ski ketika rakan rakan lain bergelut dengan masalah di Juventus. Dia adalah orang yang menolak untuk dibedah mengikut masa yang dicadangkan kelab kerana tak nak terlepas aksi piala Dunia.”

“Pogba hari ini adalah masalah besar di Juve yang harus diselesaikan kelab.”

“Situasi Pogba ini jelas menunjukkan kelab ini tak tahu apa sebenarnya idea membawa pulang pemain ini.”

“Menurut saya Allegri harus melakukan sesuatu, kerana mustahil untuk kelab menanggung gaji pemain seperti itu.”

“Kelakuannya terhadap rakan sepasukannya juga tidak adil, dia membuatkan saya menyampah.”