Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan apabila bakal mencabar kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersama tiga lagi calon lain pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu pada 6 Julai ini.

Menurut laporan daripada Sukan Sinar, Annuar yang pernah menjadi presiden KAFA pada tahun 2007 hingga 2016 akan bersaing dengan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah turut mengesahkan empat calon itu akan bersaing merebut jawatan presiden bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan ilias yang telah meletakkan jawatan pada bulan lepas.

“Pertandingan empat penjuru jawatan presiden merupakan perkembangan positif berikutan masih ramai yang sayangkan persatuan dan bola sepak Kelantan,” jelas Afandi.

65082465_2310315269036370_9103838398312873984_n

Afandi turut bertanding merebut jawatan timbalan presiden bersama naib presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Yusri Ismail.

Manakala jawatan naib presiden berdepan saingan sengit daripada sembilan individu iaitu antara Ahmad Muzakir Hamid, Datuk Rowi Dollah, Datuk Shaari Mat Hussain, Effendy Yahya, Hassan Hasbullah, Azman Ibrahim, Muhammad Affiq Kamaruzaman, Prof Dr. Zaliman Sauli dan Wan Rekemi Wan Zahari.

Malah, KAFA juga telah menerima 31 pencalonan untuk merebut 10 kerusi anggota exco. Difahamkan kesemua calon ini diberi masa sehingga Rabu untuk membuat pengesahan penerimaan pencalonan dan sekretariat KAFA akan menghubungi mereka untuk membuat pemakluman terlebih dahulu.

Sumber