Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe merancang untuk mengadakan kem latihan pusat selepas saingan Piala Malaysia melabuhkan tirainya pada November nanti.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, untuk kem latihan pusat kali ini, Cheng Hoe tidak akan memanggil pemain yang beraksi di luar negara seperti Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid, Dominic Tan dan Norshahrul Idlan Talaha.
Jurulatih negara Tan Cheng Hoe rancang adakan kem latihan pusat sejurus tamat saingan Piala Malaysia November nanti. Dengan ketiadaan Safawi, Sumareh, Matyo dan Dominic, muka baru seperti Ramadhan Saifullah dan Nik Syarif dijangka dipanggil menyertai sesi latihan. @ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 13, 2020
Cheng Hoe mungkin memanggil beberapa pemain yang beraksi dalam negara terutamanya pemain muda yang telah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Pemain seperti Ramadhan Saifullah, Nik Sharif Haseefy dan penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super 2020, Shahrel Fikri Fauzi dilihat akan dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat.
Kem kali ini dilihat sebagai persediaan untuk menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada tahun hadapan.
Malaysia ketika ini menghuni tangga kedua dalam carta kumpulan G dengan perolehan 9 mata, dua mata di belakang pasukan Vietnam yang menghuni tangga teratas dengan 11 mata.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain pasukan kebangsaan di sini:
Luqman Hakim Jaringkan Gol, Bantu KV Kortrijk B-21 Tewaskan K Beerschot VA
Safawi Rasid Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C.