Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil seramai 26 pemain bagi menyertai latihan pusat sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang pasukan Thailand dan Indonesia serta perlawanan persahabatan menentang Tajikistan bulan hadapan.
Dalam senarai pemain yang dipanggil, Cheng Hoe mengekalkan 19 pemain dari skuad 23 pemain yang tewas 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan G di Stadium My Dinh, Hanoi, 10 Oktober lalu yang mana menyaksikan Hafizul Hakim, Irfan Zakaria, Akram Mahinan dan Abdul Halim Saari digugurkan.
Senarai 26 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Menjelang Aksi Bertemu Tajikistan, Thailand & Indonesia
Tan Cheng Hoe telah memanggil 7 pemain baharu antaranya Afiq Fazail & Baddrol Bakhtiar.
Senarai penuh di https://t.co/CUclvhUKeZ#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/9h1cFqTc9u
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 30, 2019
Tujuh muka baharu dipanggil bagi memperkuatkan pasukan kali ini antaranya dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Afiq Fazail dan Syazwan Andik Ishak serta tiga pemain Kedah – Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim.
Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 26 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Irfan dan Akram serta penjaga gol, Haziq Nadzli (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), J Partiban (Perak) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).
Para pemain akan melapor diri pada Ahad, 3 November 2019, kecuali pemain yang terlibat dengan Final Piala Malaysia 2019 pada Sabtu ini, 2 November 2019 hanya akan melapor diri pada Isnin, 4 November 2019.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaa di sini:
FAM Umum 23 Pemain Malaysia Hadapi Kelayakan AFC B-19 Di Kemboja
FAM Risau Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Teruk Selepas Final Piala Malaysia
Tan Cheng Hoe Berminat Panggil Afiq Fazail Perkuatkan Jentera Tengah Harimau Malaya