Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sedang menilai kemampuan pemain tengah lain bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Brendan Gan.
Gan tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan kerana telah mengutip dua kad kuning.
“Kami ada beberapa pilihan untuk menggantikan Brendan Gan dan kelibat Daniel Amir Norhisham, Syahmi Kutty, Azam Azih serta Liridon Kraniqi memberi suasana terbaik dalam latihan.
“Kami berharap masalah bahagian tengah ini akan selesai’” kata Cheng Hoe menurut laporan Stadium Astro.
Tambah Cheng Hoe, beliau juga akan memantau perkembangan pemain yang beraksi di luar negara seperti Dominic Tan yang ketika ini bermain bersama Police Tero di saingan Thai League 1.
Malaysia akan turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan sebelum berdepan skuad kendalian Park Hang-seo iaitu Vietnam lapan hari kemudian.
Aksi penutup perlawanan kelayakan pula menyaksikan skuad Harimau Malaya akan menghadapi tentangan dari Thailand pada 15 Jun depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Subkhiddin Salleh: “Hukuman Terhadap Jack Hindle Sesuatu Yang Melucukan”
Kembali Daripada Menyepi, Futsal Sabah Bakal Dapat Sentuhan Pemain Brazil