Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap dapat menyiapkan pasukan negara dengan lebih awal bagi menghadapi perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Menurut Cheng Hoe, beliau mahukan tempoh masa antara 10 hingga 12 hari pada Mei sebelum turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
“Berbanding main di laman sendiri, aksi kali ini agak berlainan sebab kita bermain di UAE. Kita perlu berada di sana atau negara yang iklimnya lebih kurang dengan UAE, kerana kita memang perlukan masa untuk tujuan adapatasi dengan cuaca di sana,” kata Tan Cheng Hoe menurut laporan Berita Harian.
Tiga lawan pasukan negara yang disebutkan di atas masing-masing sudah melakukan persiapan rapi seperti UAE yang baru-baru ini menang besar ke atas India dengan keputusan 6-0 dalam satu perlawanan pemanas badan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar cadangan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menangguhkan aksi liga yang membabitkan perlawanan selepas Aidilfitri.
Skuad Harimau Malaya ketika ini berada di tangga kedua dalam carta kumpulan G dengan perolehan 9 mata, dua kata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’