Baru-baru ini isteri kepada pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad iaitu Syuhadaa Adilla meluahkan kekecewaannya dengan sikap salah seorang daripada warga internet yang meninggalkan komen negatif sehingga menghina ahli keluarganya di laman instagram.

Katanya, kekalahan 0-1 Malaysia kepada Vietnam tidak sepatutnya diletakkan di bahu suaminya kerana Shahrul Saad beberapa kali menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi dengan mudah.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memohon semua penyokong tempatan agar bersikap profesional dalam memberikan kritikan tanpa melampaui batas.

Beliau juga berkata, penyokong sepatutnya memberikan kritikan yang membina terhadap prestasi pasukan kebangsaaan bukannya menghina ahli keluarga pemain yang tidak ada kena-mengena dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.

“Saya harap penyokong-penyokong kena tengok daripada segi yang positiflah daripada negatif dan bagi saya sendiri tak perlulah sampai nak menyerang pihak yang tiada kena mengena.

“Saya akui sokongan para peminat itu penting cuma jangan sampai kita hilang pertimbangan,” katanya kepada Bernama.

72884170_2429106170519466_5696734313769336832_n
FOTO: FAM

Beliau juga berharap para penyokong bola sepak tempatan dapat memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan depan untuk perlawanan menentang Thailand dan Indonesia.

Malaysia perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh dan seterusnya menghidupkan peluang mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Tan Cheng Hoe Akui Jentera Serangan Skuad Harimau Malaya Gagal Berfungsi Dengan Baik

Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Sumber