Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) semalam mengumumkan pemain tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía atau lebih dikenali dengan Orozco, sebagai pemain import terakhir terbaru Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2023.
Baca Juga:
- Bekas Penjaring Terbanyak Liga Colombia Sah Sertai Selangor
- Selangor Bakal Miliki Stadium Berkelas Dunia Dengan Padang Mudah Alih
- Hubungan Baik Dengan Tan Cheng Hoe Bawa Marcote Ke Selangor
Karier profesional pemain kelahiran 1991 ini bermula sejak usianya 16 tahun lagi bersama Maracaibo. Kelab terakhir beliau adalah bersama Deportes Tolima, dengan 114 penampilan, 12 jaringan gol dan 18 bantuan gol sepanjang dua musim bersama pasukan tersebut.
Antara kejayaan beliau adalah pada musim 2014/2015, Orozco beraya mengangkat Piala pertamanya dalam Primera División bersama pasukan Deportivo Táchira. Tahun 2015/2016 beliau memenangi dua piala bersama New York Cosmos dalam saingan NASL Regular Season dan NASL Soccer Bowl. Seterusnya, beliau telah meraih juara dalam Primera A musim 2018, 2019 dan 2021 bersama Deportes Tolima.
🔴🟡 Yohandry Orozco #IsRED 🔴🟡
👋 Welcome to Selangor FC, @laperlaorozco10 🇻🇪
Yohandry José Orozco Cuja, better known as Orozco, a Venezuelan midfielder, was officially announced today as the Red Giants' final import player to compete in the 2023 Malaysian League.
[1/2] pic.twitter.com/6zCVWPQctz
— Selangor FC (@selangorfc) February 15, 2023
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, Orozco mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan musim ini.
“Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baiknya dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi.
“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol. Selain itu, beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” katanya kepada Selangor FC.
Orozco merupakan rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ruventhiran, Khuzaimi Piee, Faisal Halim, Noor Al-Rawabdeh, Rauf Salifu dan Ayron Del Valle sebelum ini.